Seorang Lagi Anak Muda 24 Tahun, Ikut Jejak Langkah Yuna Cipta Nama Di New York
# Gaya Hidup

Seorang Lagi Anak Muda 24 Tahun, Ikut Jejak Langkah Yuna Cipta Nama Di New York

post by Shasha

by Shasha

Mar 24, 2017
pada 3:41 AM

Bekas pelajar Berklee College of Music di Boston, Massachusetts di Amerika Syarikat, Muhammad Khairul Aiman Mohd Radzi, 24 tahun telah mencipta nama dalam dunia muzik di Amerika Syarikat. Ibu Khairul sendiri tak meyangka anaknya memilih profesyen ini sebagai kerjaya.


Hari ini, Khairul Aiman merupakan pemain Bass, pengarah muzik dan arranger di New York. Wah, seorang lagi anak Malaysia mengorak langkah di sana! Ini kisah Khairul selama mengejar cita-citanya di sana :

Berganding bersama 3 lagenda muzik industri Amerika!

 

Tak terkecuali, Khairul pernah bekerjasama dengan Enrique Gonzalez Muller , Pengarah muzik pemenang Grammy Latin dan recording engineer. Dave Matthews sebuah band rock Amerika juga dengan Chris Taylor penyanyi dan penulis lagu di Amerika . 

 

3 album terhasil dan single lagu!

Dalam diam, pemain Bass, pengarah muzik dan arranger muda ni dah hasilkan tiga album penyanyi Jack Young yang dah dikeluarkan Januari tahun ni. Beberapa lagu single juga dihasilkan bagi penyanyi Josh Sanburn dan Chris Lee. Hebat aura Khairul Aiman ni! Beliau juga lakukan kerja-kerja freelance bersama artis pelbagai genre dari pop-rock, hip-hop dan okestra klasik (Okestra Amadeus).

 

"if no one knows you exist, no one is going to call you for gigs. It’s that simple."

Bukannya senang nak market kan diri di negara asing, kena pandai-pandai cari makan. Mana-mana pun sama kan?

"That’s why I always make an effort to go out to shows and jam sessions and meet new people to expand my network."

Khairul mula dari bawah, perlahan-lahan cari networking untuk timba pengalaman baru. Semangat anak muda ini membawa hasil yang cukup membanggakan kita semua. 

 

“By successful, I mean that I want to be able to live comfortably playing music I love with people I respect. And further down the road, I wish to share everything I’ve learned with aspiring musicians who truly want to traverse this career path.”

Korang pun boleh berjaya juga tak kisah lah apa jua kekuatan yang ada pada diri. Mulakan langkah pertama korang di EKSPO MAUKERJA 2017 yang akan menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan 15 April ni di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur!