Sebelum Terkena, Lebih Baik Korang Kesan 3 Taktik 'Kotor' Majikan Elak Bayar Cuti Sakit
# Pengetahuan Pekerja

Sebelum Terkena, Lebih Baik Korang Kesan 3 Taktik 'Kotor' Majikan Elak Bayar Cuti Sakit

post by Shasha

by Shasha

Mar 26, 2017
pada 6:46 AM

Penat-penat korang kerja siang malam berjaga semata-mata untuk sara hidup. Bila jatuh sakit sepatutnya majikan beri cuti sakit lah kan kalau ikut agreement. Memang korang layak dapat cuti sakit pun, akan tetapi ada lah juga segelintir syarikat yang ralat nak elak bayar cuti sakit korang tu hanya disebabkan 'rugi kalau bayar'.

Jangan takut, korang sebagai pekerja memang berhak dibayar. Sedikit 'trick' untuk kesan samada majikan korang ni elak nak bayar cuti sakit tersebut : 

1. Tolak gaji sebab : kerja tak cukup jam/waktu

Bukanlah tak datang kerja sebab nak memonteng, MC pun dah bagi sepatutnya tak tolak gaji lah kan? Tiba-tiba gaji kena tolak. Ha baik korang check semula kenapa duit gaji tak cukup. 

 

2. Saja je tak nak isi borang cuti pekerja

Asal nak isi borang cuti, ada je alasan yang diberi. Tiba-tiba ada hal, tak sempat lah, kertas habis. Bermacam-macam alasan lah korang dengar. Kesudahannya lupa, kemudian tak dapat claim pun cuti sakit tersebut. Alasannya : borang cuti tak isi. Rasa berbulu tak?

 

3. Suka hati pecat tanpa bayaran

Punyalah gigih kena tahan wad seminggu, dah bagi MC tapi takda angin takda ribut korang dapat surat diberhentikan kerja. Korang pun be like.. WHUT?! Hilang punca pendapatan dan yang paling pedih, tak dapat bayaran. Apa lah nasib badan..

Mahukan majikan yang tak kuat kelentong? Apa kata daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang akan diadakan 15 April ni! Jangan lepaskan peluang keemasan mohon lebih 2,500 pekerjaan.