Bestnya Kerja Di Watson's Penang, Minimum RM 1,800, Bonus Sampai 4 Bulan, Ada Diskaun Staff Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Bestnya Kerja Di Watson's Penang, Minimum RM 1,800, Bonus Sampai 4 Bulan, Ada Diskaun Staff Lagi!

post by Izuan

by Izuan

Apr 1, 2017
pada 2:54 PM

Penang, daerah yang semakin pesat selain daripada ibu kota, bermacam-macam keunikan yang ada di sana. Kan seronok kalau kita dapat kerja disitu, menikmati makanan yang sedap malah kebarangkalian untuk bersaing mendapatkan kerja tidaklah sengit seperti di KL.

Tapi macam mana nak dapat kerja di Penang eh? Haa, tujuan kami buat perkongsian ini bukan sahaja nak suka-suka, sudah semestinya ada peluang pekerjaan yang kami kongsikan. Kalau lihat topik disini, kita berbincang pasal negeri Pulau Pinang, sudah semestinya peluang kerja disitu!

Selain dapat merasai kenikmatan berada di negeri kian maju itu, kerja yang kami nak kongsikan ini best tau! Dimana lagi kalau bukan Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd, nak tahu tak antara manfaat yang korang boleh dapat adalah bonus sehingga 4 bulan! Nak tahu lagi? Meh sini.

 

Kalau anda seorang yang berpengalaman dalam bidang pemakanan dan minuman (F&B), ia satu kelebihan tapi bukannya wajib pun! Graduan muda digalakkan memohon tau, kira oklah kalau gaji sebulan mencecah RM 2,000 pastu tempat kerja pun selesa! 

 

 

Kalau tak nak jadi trainee apa kata jadi Supervisor terus, gaji pun boleh tahan sehingga RM 2500 sebulan! Tugasnya mudah sahaja, anda hanya perlu membantu Store Manager dalam melantik, menguruskan staff, jadual harian, cuti, atau disiplin isu yang bangkit.

Selain itu, anda haruslah melatih staff mengikut polisi syarikat, SOP, khidmat pelangga dan kemahiran jualan. Mudah bukan?

 

Tak ada sebarang kelulusan? Jangan risau Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd juga ada menyediakan kerja yang sesuai untuk anda. Jika anda mempunyai personaliti menarik dan kemahiran komunikasi yang bagus. Anda dialu-alukan untuk menjadi Customer Assistant mereka!

Khusus bagi mereka yang berkelulusan SPM , jika anda boleh bekerja pada waktu hujung minggu atau cuti umum. Kerja ini memang sesuai untuk anda! Selain itu, macam-macam manfaat yang anda boleh terima, antaranya :

 

 

Kenaikan Gaji Setiap Tahun!

Gaji yang berbaloi dengan kerja yang ditawarkan akan menaik setiap tahun, bukan semua kerja retail boleh berikan manfaat sebegini.

 

4 Bulan Bonus!

Terkejut kan? Bagaimanapun ia bergantung kepada prestasi anda, rasanya ia dah lebih memadai memandangkan bayaran yang diberikan setimpal dengan kerja yang anda lakukan jika jadi staff Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd ini. Bonus sehingga 4 bulan*, siapa tak nak?!

 

 Bayaran OT

Kerja lebih masa? Penat? Mesti akan hilang jika digantikan dengan duit, nampak juga hasilnya bila dah masuk gaji nanti.. Dan yang paling best sekali kalau menjadi ahli keluarga Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd ini adalah....

 

Diskaun Staff

Nak beli barang keperluan dapat dijimatkan, tak perlu lah goncang sabun dengan air kalau dah nak habis sementara tunggu gaji. Ops! Hihihi! Bukan sahaj bab diskaun dan duit, kebajikan pekerja juga dijaga.

 

Manfaat Lain

  • Manfaat perubatan
  • Manfaat insuran
  • Cuti tahunan