Niat Belikan Beg LV Untuk Nenek, Tapi Terkejutnya Bila Tahu Nenek Gunakan Beg Itu Untuk..
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Niat Belikan Beg LV Untuk Nenek, Tapi Terkejutnya Bila Tahu Nenek Gunakan Beg Itu Untuk..

post by Aisya

by Aisya

Apr 2, 2017
pada 3:39 AM

Niat seorang cucu ini yang berasal dari Taiwan untuk membeli hadiah kepada neneknya memang sungguh murni kerana kerap kali melihat neneknya menggunakan beg lusuh ya. Ditambah pula bag yang dibelinya bukan calang-calang, kerana ianya adalah jenama LV! Tapi yang mengejutkan adalah cara neneknya menggunakan beg jenama mahal itu. Aduhai, sayangnya beg LV..

 

"Beg ni kalis air, sesuai bawa ke pasar beli ikan segar"

Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa neneknya menggunakan beg mahal itu untuk dibawa ke pasar sebagai 'shopping bag'. Dengan selamba je dia gunakan beg itu untuk isi ikan segar dan barang-barang pasar. Lagi best bila nenek tu boleh cakap macam ni:

 


 

"Tak apa lah, asalkan nenek saya bahagia"

Cucunya memberitahu bahawa itu adalah beg jenama LV yang sungguh mahal. Melihatkan neneknya bahagia menggunakan beg itu, dia tidak berkata apa-apa asalkan dia bahagia.

 

Netizen memberi komen betapa comelnya telatah nenek dia

Post ini makin menular di sosial media dan ramai netizen yang memberi komen yang lucu. Ada yang mengatakan bahawa neneknya comel kerana dia mendapat tahu bahawa beg itu ada fungsi waterproof. Ada juga yang memberi komen bahawa mesti neneknya yang paling stylish di pasar itu sebab memakai beg LV ke pasar. Korang ada bawa beg LV ke pasar? Nan hado!

*Sumber: World of Buzz

 

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma