4 Persoalan Yang Jobseeker Selalu Was-Was Dalam Proses Memohon Kerja
# Pengetahuan Pekerja

4 Persoalan Yang Jobseeker Selalu Was-Was Dalam Proses Memohon Kerja

post by Izuan

by Izuan

Apr 2, 2017
pada 10:04 AM

Semasa ingin memohon kerja mungkin terlintas difikiran korang mengenai beberapa persoalan sebelum memulakan proses memohon kerja, sebenarnya persoalan ini remeh sahaja, tapi korang takut tindakan korang itu boleh menjejaskan prsepsi majikan.

Kalau dibuat nanti bahayakan diri, kalau tak dibuat pula takut majikan 'reject' korang. Jangan risau bukan korang je yang terfikir, boleh dikatakan keseluruhan jobseeker akan mengalami situasi yang sama. Nak tanya tapi malu, jadi kami akan kongsikan apa yang sering terlintas difikiran korang dan jawapan sekali. Lepas ini tak payah nak was-was lagi!

1. "Patut Ke Letak Ayat 'Resume' Di Dalam Resume?"

Tak perlu! Teruskan isi maklumat peribadi korang, nama, alamat, no telefon, email dan segala-galanya. Rasanya perkara ini dan ditekankan banyak kali dah, tapi mungkin masih ada yang musykil. Tak perlu, majikan dah di anggap pakar dalam perihal ini, mereka dapat tahu lampiran yang anda berikan itu adalah resume.

2. "Betul Ke Resume Ni? Pendeknya!"

Bisanya graduan muda yang akan rasai begini, 2 muka surat sudah dianggap panjang . Ini bukan assignment, ini cuma resume, jangan risau. Ada juga yang jenis nak huraikan segala pencapaian, pilih mana yang penting atau yang paling besar sesuai dengan skop kerja tersebut.

Melainkan kalau majikan minta CV, kalau CV anda dibenarkan untuk menembahkan lagi beberapa muka surat kerana CV lebih memfokuskan terhadap 'perjalanan hidup' korang. Ingat! Resume & CV itu berbeza tau!

3. "Patut Ke Letak Gaji Sekarang Dalam Resume?"

Jangan! Gaji korang adalah hak milik peribadi korang, cukup sekadar menjelaskan jawatan huraian dan pencapaian kerja korang selama berkhidmat dengan syarikat lama. Persoalan ini terlintas biasanya apabila korang ingin menukar pekerjaan baru yang mahukan gaji yang lebih tinggi, jadi jawapannya. Jangan letak!

4. Perlu Ke Kena Ada 'Reference' Dalam Resume

Sebelum ini kami pernah kongsikan mengenai References dalam resume, ia tidaklah wajib namun cara yang terbaik perlu ada. Tapi,bila kena letak? Masa mohon? Atau masa interview? Jawapannya adalah, jangan berikan references kepada bakal majikan hinggalah saat interview secara bersemuka, bawa salinan resume yang baru bersertakan References korang tu. 

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma