Gaji dah masuk je terus serbu kafe Hipstur, Shell Out, Open Table dan macam-macam lagi lah. Tak sampai hujung bulan dah 'kering'. Mulalah korang sibuk nak menabung bagai tapi duit tak pernah cukup nak menyimpan.

by Shasha
Gaji dah masuk je terus serbu kafe Hipstur, Shell Out, Open Table dan macam-macam lagi lah. Tak sampai hujung bulan dah 'kering'. Mulalah korang sibuk nak menabung bagai tapi duit tak pernah cukup nak menyimpan.
Bukan soal gaji besar atau tidak jadi kiraan. Tapi sebaliknya cara kita berbelanja atau kawal nafsu diri setiap bulan. Formula-formula yang tersedia ni khas untuk korang semua ikut kesesuaian gaji bulanan.

30% = Untuk masa depan : simpanan, perlindungan insurans takaful dan pelaburan.
30% = hutang dan simpanan perbelanjaan
30% = Perbelanjaan wajib : makan-minum, barang dapur, keperluan peribadi, sewa, bil-bil utiliti, tol, minyak kereta
10% = sedekah dan hadiah ibu bapa.

50% = Komitmen tetap bulanan dan perbelanjaan asas (pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan,bil-bil utiliti, makan-minum, barang dapur, minyak kereta dan tol)
30% = komitmen tak tetap atau perbelanjaan yang berubah dan kurang penting (keperluan diri, pakaian, hiburan, melancong, bayaran internet, membeli barang-barang idaman dan sebagainya.)
20% = simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans
Bagi yang baru slow-slow nak uruskan duit gaji, formula ni mungkin dapat membantu!

Ha mungkin ada diantara korang kerja makan basic dan komisyen, tapi kadang tak tetap kan.Jangan risau, ada cara nak jimat
90% = Belanjalah ikut suka hati asalkan komitmen tetap dibayar (hutang, sewaan, bil) janji tak terlebih guna
10% = Ha macam biasa, tabung simpanan atau pelaburan

Formula ini adalah untuk mereka yang nak urus duit gaji atau kawal belanja ikut minggu.
10% = Asingkan dulu untuk simpanan & pelaburan
30% = untuk minggu pertama korang settle kan dulu keperluan bayar komitmen tetap seperti hutang, sewa dan bil.
20% x 3minggu = setiap minggu korang perlu hadkan untuk berbelanja hanya 20%, kalau ada lebih boleh juga simpan ataupun reward diri sendiri makan sedap sikit.
Bukan tak suka cuma leceh lah nak bahagi bagai. Ada juga orang sebegini, ni dia formula yang sesuai untuk korang.
90% = Perbelanjaan tetap atau berubah-ubah dan keperluan. Korang belanja lah sampai lebam asalkan tak over spend
Duit daripada bahagian inilah digunakan untuk membayar hutang, bil-bil, makan-minum, keperluan diri, hiburan, membeli barang idaman dan sebagainya.
Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:
Menarik? Dapatkan Ticket Masuk secara Percuma >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma
**Ticket Percuma Hanya Tinggal 2,000 sahaja! Cepat rebut peluang ini!