Apa Benda Simbol Roket Yang Terpapar Di FB Apps Tu? Haa, Ini Fungsinya!
# Trending Semasa

Apa Benda Simbol Roket Yang Terpapar Di FB Apps Tu? Haa, Ini Fungsinya!

post by Izuan

by Izuan

Apr 9, 2017
pada 8:18 AM

Rasanya mesti semua orang dah mula perasan simbol roket yang tiba-tiba muncul di aplikasi Facebook peranti mudah alih masing-masing. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa fungsinya, kadang-kadang rasa rimas pun ada.

Sebenarnya ia adalah satu cara untuk memudahkan korang tau! Trend sekarangkan scroll Facebook untuk layan berita-berita terkini, video-video dan gambar-gambar menarik yang pasti mencuit hati pengguna. Tapi apa kena mengena dengan simbol roket tu pula?

Ia Bermaksud 'Explore', Fungsi Baru Untuk Korang Terokai Segala Perkongsian Dengan Lebih Pantas!

Pendek kata , ia macam 'Newsfeed' kedua lah, tapi kenapa kena ada yang kedua? Kalau di  butang 'Home' (bahagian paling kiri) itu adalah bertujuan untuk korang terdedah dengan semua jenis perkongsian, tak kiralah gambar selfie rakan-rakan, status, atau keluarga yang mungkin membuatkan anda layan Facebook 'terganggu'.

Jadi, untuk memudahkan para pengguna melihat berita-berita terkini dengan lebih up to date, tap sahaja butang Explore (simbol roket) itu. Segala perkongsian berita atau video yang mungkin menepati citarasa korang. Ia disajikan khas mengikut minat setiap penggunanya.

Lebih Up To Date

Apa yang menarik lagi, ia seakan-akan Instagram yang akan menunjukkan gambar, story, atau live yang mungkin korang minat walaupun tidak follow akaun tersebut. Di Facebook Explore pula, korang tak perlu like banyak laman rasmi pun korang dah boleh tengok. Kiranya macam recommended lah.

Best kan? Lepas ni senanglah kalau korang nak tengok video masak-masak, lawak, perkongsian info mengenai kehidupan, berita-berita terkini dengan mudah selaras dengan minat korang.