Orang Johor, Jom Kerja Call Center Kat Sini, Gaji Sehingga RM 2,000 & Persekitaran Best!
# Jenis Pekerjaan

Orang Johor, Jom Kerja Call Center Kat Sini, Gaji Sehingga RM 2,000 & Persekitaran Best!

post by Izuan

by Izuan

Jan 2, 2024
pada 10:10 AM

Suasana kerja dulu tak sama dengan sekarang, majikan lebih memberi tumpuan terhadap kebajikan pekerja dari segi emosi. Itu sebablah banyak pejabat sekarang dekorasinya gempak-gempak belaka bagi memastikan pekerja tidak rasa tertekan dengan suasana kerja yang sibuk.

Memang menjadi idaman setiap individu untuk bekerja di tempat yang kondusif seperti Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd ini, khusus bagi Bangsa Johor sekalian, syarikat Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd di cawangan Johor Bahru telah dibuka! Graduan muda? SPM? Tidak mahir bertutur bahasa Inggeris? Jangan risau! Pintu terbuka luas untuk anda!

 

SPM sekurang-kurang lulus 5 subjek. Fasih dalam Berbahasa Malaysia & Inggeris , berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam industri perkhidmatan merupakan satu kelebihan untuk jawatan ini. Anda graduan muda yang tiada pengalaman? Jangan risau latihan akan diberikan kerana Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd mengalu-alukan kehadiran anda!Oh ya, gaji untuk Customer Service Executive ini sehingga RM 2,000 tau!

 

Tak fasih berbahasa Inggeris? Jangan risau! Siapa kata orang macam anda tak susah nak dapat kerja? Anda boleh lah jadi Customer Service (Call Center) - Malay Speaker  ini. Tak perlu rasa gentar jika anda harus berbahasa Inggeris.

Pastikan kemahiran komunikasi Bahasa Malaysia anda cemerlang, seorang yang bersemangat dan berfikiran positif! Kalau ada pengalaman dalam bidang berkaitan itu adalah satu kelebihan, tapi graduan muda pun digalakkan mohon! Gaji pun sehingga RM 2,000! Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd ada sediakan latihan untuk anda berlatih Bahasa Inggeris lagi!

 

Manfaat Yang Pasti Buatkan Anda Terpukau!

  • Suasana yang relaks
  • Tempat rehat staff disediakan
  • Pejabat berdekatan dengan pusat membeli belah dan kawasan perumahan
  • Berkerja dengan pelbagai budaya dari seluruh dunia (Eropah, Asia Pasifik, dan lain-lain)
  • Latihan untuk memajukan kemahiran
  • Aktviti menarik setiap bulan (pool & bowling competition, treasure hunt, etc)    
  • Latihan Disediakan
  • EPF
  • SOCSO