Forbes 30 Under 30 Diungguli Oleh 11 Rakyat Malaysia!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Forbes 30 Under 30 Diungguli Oleh 11 Rakyat Malaysia!

post by Aisya

by Aisya

Apr 13, 2017
pada 4:51 AM

Kalau dahulunya Yuna mengangkat nama sebagai penyanyi Malaysia dalam senarai Forbes, kali ini bukan satu tetapi 11 rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30  Asia 2017 dalam 10 kategori berbeza. Tahniah kepada yang tersenarai dan apabila membaca kembali kisah dan sumbangan mereka ianya amat lah hebat dan menyuntik inspirasi!

 

1. Edmund Ooi, 29 – Pereka Fesyen

Edmund Ooi adalah seorang graduan dalam bidang rekaan fesyen di Kuala Lumpur. Kemudian, dia ke Royal Academy of Fine Art di Antwerp untuk menyambung pelajaran. Sepanjang 2 tahun di sana, Edmund pernah berkolaborasi dengan Mugler di Paris, Perancis dan pada 2014 dia melancarkan koleksi pakaian lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga dijemput untuk berkolaborasi dengan Vogue Italia dan GQ Italia.

 

2. Victor Chua, 29 – Timbalan Presiden Gobi Partners

Seorang graduan pengajian aktuari dari Macquarie University, Sydney Australia ini menyertai Gobi pada awal tahun 2015. Sebelum menyertai Gobi, Victor Chua pernah menjadi pengurus pelaburan di Malaysia Venture Capital Limited yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Bukan itu sahaja, malah Victor merupakan ahli Mensa Malaysia.

 

3. Chee Hau Goh, 28 – Pengasas Bersama The Lorry

The Lorry ini adalah satu bisnes yang makin melonjak naik. Chee Hau Goh, pengasas bersama The Lorry pernah bekerja sebagai pengurus kargo untuk beberapa syarikat penerbangan global sebelum mengasaskan The Lorry. 

The Lorry fokus pada sektor pemindahan/pengangkutan barangan pelanggan menerusi penggunaan aplikasai dan laman sesawang khas. Berrtindak sebagai orang tengah antara pemandu lori dan pelanggan telah menarik minat lebih 1,000 orang pemandu lori untuk turut serta. 

 

4. Nadhir Ashafiq Zainal Abidin, 29 – Pengasas Bersama The Lorry

Nadhir Ashafiq, pengasas The Lorry merupakan graduan Universiti Curtin, Australia. Pernah bekerja di CIMB Investment selama beberapa tahun sebelum memegang jawatan sebagai Pengurus Kewangan di Abda Aviation.

 

5. Mohd Yazrie Mohd Shuki, 28 – Pengasas YAZ Ventures Sdn Bhd

Siapa sangka MyFed Asia ini diasaskan oleh graduan Universiti Teknologi MARA, iaitu Yazrie Shukri. Ianya menyediakan over-the-top (OTT) streaming services di Malaysia. Syarikat ini melancarkan platform KLIX dan menandatangani perjanjian dengan Hisense untuk menghasilkan peranti KLIX. 

 

6. Jan Wong, 30 – Pengasas OpenMinds Resources

OpenMinds Resources diasaskan bersama dua orang kawan pada 2009 tetapi gagal mendapatkan geran atau dana dan menyebabkan Jan mengalih arah kepada perundingan digital selepas menyedari ia mempunyai permintaan tinggi. 

Jan juga merupakan seorang pensyarah separuh masa di Asia Pacific University College of Technology &  Innovation.

 

7. Neelofa, 28 – Pengasas NH Prima International Sdn Bhd

Nama yang tidak asing dalam industri hiburan, Neelofa merupakan graduan Sunway College dan memegang ijazah sarjana muda berkembar jurusan Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran.Juga merupakan seorang pelakon, pengacara, duta produk, model dan usahawan.

Neelofa disenarai dalam Forbes sebagai usahawan, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd. 

 

8. Sasha Tan, 26 – Pengasas Favful

Belajar dari kesilapan diri di mana dia membeli produk kosmetik tanpa maklumat lengkap telah menyebabkan dia melalui detik hitam apabila kulitnya menjadi teruk sehingga memerlukan suntikan dan rawatan laser. 

Pengalaman itu membuatkan dia membuk satu platform kecantikan yang menyediakan maklumat lengkap mengenai produk yang dinamakan sebagai Favful.

 

9. Vivy Yusof, 29 – Pengasas Bersama Fashion Valet

Seorang wanita cekal ini berjaya mengasaskan Fashion Valet walaupun tanpa latar belakang e-dagang. Dia dan suaminya bersama-sama membangunkan Fashion Valet dari bawah sehinggalah diguna pakai oleh orang Indonesia, Brunei, Australia dan United Kingdom. 

 

10. Mohd Lutfi Fadil Lokman, 29 – Pengasas Bersama Hospitals Beyond Boundaries

Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, seorang doktor muda ini merupakan salah seorang penerima United Nation Young Leader atas usahanya menubuhkan HBB iaitu Hospital Beyond Boundaries. Projek ini dikendalikan di Kemboja dan Malaysia dalam menyediakan klinik komuniti kepada rakyat setempat yang kurang bernasib baik.

 

11. Jazz Tan Yee Mei, 27 – Pengasas Bersama YToday Sdn Bhd

Jazz Tan Yee Mei nekad mahu membantu kanak-kanak di jalanan berikutan dengan peristiwa traumatik di mana ayahnya dibunuh oleh gengster ketika dia berumur 14 tahun. Jazz menubuhkan Youths Today yanng menghubungkan penajaan dan acara untuk remaja dan jenama. Ia membantu merealisasikan acara yang dirancang oleh remaja dan pelajar.

*Sumber: Selangor Kini