"Jangan Iri Hati" - Tekanan Perit Disebalik 'Santai' Boss Yang Selama Ini Kita Tak Tahu
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Jangan Iri Hati" - Tekanan Perit Disebalik 'Santai' Boss Yang Selama Ini Kita Tak Tahu

post by Izuan

by Izuan

Apr 16, 2017
pada 3:22 AM

Rutin harian kita semua bangun pagi, masuk kerja, kadang-kadang rasa 'demotivated' sebab kena menghadap boss yang hanya tahu menuding jari kepada kita, kerja dari awal pagi sampai lewat malam berhempas pulas untuk siapkan tugasan. Tapi bos cuma pandang sebelah sahaja.

Pasti rasa tekanan makin bertambah, kita yang penat-penat buat kerja dia cuma duduk goyang kaki senang-senang labelkan diri kita yang kurang berkualiti. Tak nampak segala usaha kita, kalau ikutkan nak sahaja berhenti tapi bila memikirkan semula komitmen dan tanggungan, terpaksalah hadap.

Itu sahaja yang kita fikir, kerap kali kita membuat tanggapan sebegini, kita lupa bahawa tekanan mereka jauh lebih berat daripada kita. Apa yang kita nampak selama ini hanyalah di mata kasar, apa tekanan yang mereka lalui? Ikuti penjelasan lelaki ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

"My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat."

"Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia..abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu..berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu"

"Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.''

"Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia..time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya..........kita taktau.​"


"Duit gaji yang kita dapat tu, ya betol dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja."

Sumber : Facebook Muhammad Afiq Ikhwan