Tak Sangka Pelanggan Beri Tip RM 1,764 & Sudi Bantu Waitress Ini Langsai Hutang Pembiayaannya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tak Sangka Pelanggan Beri Tip RM 1,764 & Sudi Bantu Waitress Ini Langsai Hutang Pembiayaannya

post by Izuan

by Izuan

Apr 17, 2017
pada 8:41 AM

Siapa sangka daripada hanya berborak kecil dengan pelanggan berubah menjadi satu limpahan yang tak terhingga bagi seseorang yang dalam kesusahan,itulah yang dialami oleh pelayan restoran dari Hawaii ini, dia berkerja keras demi menampung perbelanjaan kolejnya namun tanpa diduga hidupnya beruah menjadi ceria dalam sekelip mata.

Hutang pembiayaan dan kos sara hidup yang tinggi telah memaksa Cayla Chandara melakukan dua kerja demi melunaskan tunggakan tersebut, tanpa diduga berkat usaha gigih dan keikhlasan yang anak muda ini melakukan kerja, ada pihak yang berhati mulia untuk membantunya.

Cayla Chandra, Bekerja Sebagai Pelayan Di Dua Buah Restoran Dalam Masa Sehari Untuk Mengumpul Wang Pembiayaan Pelajaran Sendiri

Faktor yang mendorongnya untuk melakukan dua kerja adalah dirinya yang terbeban dengan hutang yang perlu dilangsaikan kerana dia telah disekat daripada meneruskan pembelajaran selagi h)utang tersebut tidak dilunaskan.

Memberi Layanan Kepada Pelanggan, Tanpa Diduga Chandara Menerima $400 ( RM 1,764.15 ) Sebagai Tip

Suatu hari, dia didatangi oleh pasangan dari Australia yang berkunjung dan ingin menikmati hidangan di salah satu restoran tempatnya bekerja. Sebagai seorang pekerja ditugaskan untuk memberi layanan kepada pelanggan sambil menghidangkan makanan yang ditempah.

Mereka berbual dengan penuh santai dan mesra, Chandara menceritakan hal tersebut kepada mereka tanpa sebarang niat. Namun beliau tak dapat diduga apabila pelanggan tersebut meninggalkan wang tip kepadanya dengan jumlah yang banyak! Siapa yang tak terkejut kan?

Terharu Dengan Sikap Mulia Pelanggan Tersebut, Cayla Berjumpa Mereka Untuk Memberikan Penghargaan Sebagai Tanda Terima Kasih

"Mereka begitu murah hati , saya tidak pernah mendapat tip sebesar itu. Saya mesti mengucapkan terima kasih. Semasa majlis makan malam mereka memberitahu saya di mana mereka tinggal". Chandara menghantar nota terima kasih, dessert, dan bunga ke hotrel mereka

Tidak Berakhir Disitu, Pelanggan Tersebut Kembali Ke Restoran & Bantu Chandara Melunaskan Segala Tunggakan Yang Bernilai Lebih Daripada $ 10,000 ( RM 44,137.06 )!

Keesokkan harinya, pasangan tesebut kembali ke tempat kerja Chandara untuk menghulurkan bantuan melangsaikan segala tunggakan pembelajarannya. "Saya tak mampu nak berkata apa-apa!", katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak mendedahkan identiti mereka, tapi apa yang mereka mahukan hanyalah jadi yang terbaik dalam dirinya. "Saya janji akan membuatkan mereka bangga, saya akan mengambil kesempatan ini dengan hati yang terbuka dan menjadi orang yang lebih baik."

Chandara kini merancang untuk kembali ke kolej melanjutkan pelajaran dalam jurusan seni liberal dan perniagaan.

Sumber