Pastikan Korang Semak Semula 5 Aspek Ini Sebelum Hantar Email..Tak Lama 5 Minit Je!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pastikan Korang Semak Semula 5 Aspek Ini Sebelum Hantar Email..Tak Lama 5 Minit Je!

post by Aisya

by Aisya

Apr 18, 2017
pada 2:34 AM

Excited ni nak mohon jawatan kosong di sebuah firma yang dikenali ramai. Bukan senang nak dapatkan dan ini je lah satu-satunya peluang untuk cuba dapatkannya. Memang kena hantar resume yang terbaik sekali untuk nak kalahkan kesemua calon! 

Semangat betul nak mohon, tapi bila dah seminggu dua berlalu tak dapat apa-apa berita pun. Bila check balik 'sent email' baru perasan ada tersalah sewaktu hantar email. Aduh, rupanya ada typo yang memang tak boleh dimaafkan! Macam mana boleh tersalah eja nama sendiri ni? 

Sudah terlambat kalau nak hantar follow-up email untuk minta maaf dan hantarkan email yang lengkap dan betul. Jadi sebab itu lah ianya penting untuk luangkan masa 5 minit sahaja untuk semak email sebelum hantar.

Dalam masa 5 minit tu, sempat untuk korang nak semak 5 perkara ini. Masih belum terlambat untuk memalukan diri sendiri dengan menghantar email yang salah ya. 

 

1. Ejaan bahasa

Ejaan bahasa ni memang nampak mudah je tapi ramai yang lakukan kesilapan ni. Kadang-kadang tu sampaikan nama sendiri pun boleh tersalah eja, macam 'Muhammad' tereja satu je 'M'. Bukan nama sendiri je yang perlu diambil kira, nama company tu semak balik, betul ke tak dan juga jika korang ada letak nama supervisor ke atau siapa-siapa pun pastikan ianya betul.

Untuk kes sebegini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah. Korang boleh install software untuk check spelling jadi tidak ada lah terlepas pandang. Tapi untuk nama orang dan nama company apa memang kena semak sendiri.

 

2. Grammar / tatabahasa

Kalau typo tu kes lain, ini pula satu lagi kes yang majikan paling tak gemar. Kesalahan grammar yang paling mudah ni memang tak boleh diterima betul. Macam contoh, 'your/yours/you're' ini pun boleh tersalah guna. 

Tambah memalukan apabila di bahagian kemahiran bahasa letakkan 9/10 untuk Bahasa Inggeris, tetapi grammar yang simple pun boleh salah. Walaupun korang bukan memohon jawatan sebagai editor ataupun penulis, grammar masih lagi perlu di ambil kira. 

 

3. Fakta biar sahih

Paling penting sekali buat job seekers semua untuk hantar satu resume ke satu company dan jangan gunakan resume yang sama untuk nak apply semua kerja sekali gus! Kenapa ianya penting? Sebabnya, mungkin kesemua company yang korang mohon itu ada fakta yang berlainan. Ini memang perlu korang teliti betul-betul. 

Tak salah kalau nak gunakan resume yang sama cumanya, tukar sikit ayat-ayatnya seperti nama company, nama jawatan dan mana-mana yang berkaitan. Malu lah kalau hantar resume dan baru perasaan tak tukar nama company tu. 

 

4. Ikut arahan

Bukan semua company gunakan arahan dan peraturan yang sama tau. Kemungkinan syarikat A ini mahukan korang hantar resume dalam format Microsoft Word dan mungkin juga syarikat B mahukan korang hantar resume dalam format PDF. Jadi kena peka dengan perkara ini. 

Ada juga syarikat yang lebih gemar pemohonnya untuk mengisi borang online sahaja dan bermacam lagi. Jangan main redah je hantar resume ke semua company, ambil tahu dahulu apa arahannya. 

 

5. Attachments

Dah siap-siap tulis email cantik-cantik dan siap beritahu lagi "My resume is attached for your consideration." Malangnya, terlupa nak attach resume dalam email. Alahai, sayangnya. Bila dah jadi sebegini susah tak nak tutup balik kesalahan. Korang kena cepat-cepat hantar follow-up email dan meminta maaf semua, ianya dah beri tanggapan yang buruk.

Jadi setiap kali nak hantar email, pastikan attach dahulu file sebelum nak mulakan ayat untuk email. Dan juga pastikan korang attach file yang betul ye. Ada calon yang hantar zip file tapi bila bukak kosong tak ada apa-apa pun. 

*Sumber: The muse