5 Cara Untuk Pastikan Talian Tidak Terganggu Masa Interview Video Call
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Cara Untuk Pastikan Talian Tidak Terganggu Masa Interview Video Call

post by Aisya

by Aisya

Apr 18, 2017
pada 6:01 AM

Teknologi makin canggih ni dah ramai penemuduga yang lakukan interview melalui video call je. Tak perlu lagi untuk calon yang tinggal jauh datang ke KL semata-mata untuk hadiri temuduga yang hanya memakan masa tak sampai sejam pun. Jadi majikan mengambil langkah mudah dengan memberi pilihan utnuk hanya melakukan temuduga melalui Webcam, Skype, Facetime sahaja. 

Nampak macam santai tapi ianya sama sahaja seperti temuduga biasa. Korang masih lagi perlu melakukan persiapan yang kemas dan teliti. Artikel ini memberi tips untuk interview melalui video dan macam mana kalau connection tiba-tiba terputus-putus.

1. Rancang mahu gunakan telefon? Laptop? atau komputer?

Kalau korang ada banyak sangat pilihan di tangan dan tidak terhad kepada satu je, boleh lah rancang nak guna mana satu. Fikirkan beberapa sebab seperti yang mana satu berkualiti tinggi, lebih stabil, dan yang korang lebih selesa. Ada orang lebih selesa kalau guna komputer sebab skrin lebih besar dan jelas dan ada juga yang gemar gunakan telefon sahaja. Terpulang pada masing-masing.

 

2. Pilih tempat yang sesuai untuk lakukan video interview

Tempat yang paling ideal sekali ialah sebuah bilik sunyi yang bertutup dan jauh daripada sebarang gangguan. Pencahayaan juga perlu dikawal dan jangan ppula terlalu gelap sampai tak nampak muka. Penting juga untuk pastikan yang muka serta badan korang sampai paras pinggang dapat dirakam oleh kamera. 
 

3. Apa kata cuba praktis sekali?

Tak rugi kalau nak praktis dahulu sebelum interview yang real. Cuba untuk facetime dengan kawan ataupun sesiapa yang dikenali dan suruh mereka tanya set soalan intereview yang mungkin bakal ditanya. Cara ni boleh sediakan diri korang, jadi tak adalah nanti korang tergagap dan clueless. Kalau boleh rakam lagi bagus, sebab korang boleh play balik dan lihat apa kekurangan yang boleh ditambah baik.

 

4. Matikan kesemua alatan peranti lain sewaktu temuduga

Pastikan korang matikan kesemua alatan peranti yang boleh mengganggu konsentrasi sewaktu interview nanti. Tutup televisyen, radio dan juga silent kan telefon agar ianya tak berbunyi sewaktu video interview. Sekali korang diganggu, memang ianya akan hilang terus konsentrasi dan tumpuan untuk interview tersebut.

 

5. Alamak,connection terputus-putus!

Ini perkara yang korang sudah boleh jangkakan berlaku, jadi kalau ianya terjadi apa tindakan korang? Sebab itu lah korang tak perlu terburu-buru menjawab soalan yang diajukan. Ambil sedikit masa sebelum menjawab jadi kalau line terputus-putus tidak lah penemuduga tidak dengar apa yang korang jawabkan. Cuba untuk kekal tenang dan jawab dengan perlahan-lahan. Ini lah salah satu sebab mengapa penting untuk rancang mahu gunakan telefon atau lain-lain.

*Sumber: Live Career