Tak Guna Merungut Gagal Dapat Kerja, Kalau 3 Perkara Ni 'Missing' Sewaktu Temuduga
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tak Guna Merungut Gagal Dapat Kerja, Kalau 3 Perkara Ni 'Missing' Sewaktu Temuduga

post by Shasha

by Shasha

Apr 24, 2017
pada 4:09 AM

Bila dah terlalu banyak interview session korang hadir tapi satu pun tak lekat, boleh mental breakdown. Ha mula lah nak salahkan semua orang, tapi pernah tak korang terfikir ada lagi perkara masih kurang sepanjang sesi temuduga tempoh hari.

Bangkit semula  dan perbaiki diri supaya korang semua tak cepat putus asa!

1. Tak sembang lebih tapi yakinkan interviewer korang lah 'the one' untuk syarikat

Waktu temuduga lah korang akan diuji dengan teliti, kiranya detail habis lah! Walaupun sesi temuduga terasa macam terlebih santai, pastikan korang tak tersasar jauh dari jawatan yang dimohon.

Contoh : Korang curahkan segala pengalaman dari sekolah sampai lah ke tahap Universiti tapi hanya dua peratus je yang boleh disuaikan dengan jawatan Sales Manager yang korang mohon. Kan dah buang masa? Dari situ lah, penemuduga dah tak yakin dengan kredibiliti dan kesesuaian jawatan tersebut. 

 

2. Dengar & menjawab soalan tak?

Bila penemuduga dah tanya macam-macam soalan, kadang korang tak sedar pun apa yang korang cakap kan? Satu jawapan je dah boleh buat penemuduga nilai korang, jadi jangan salah langkah sebab korang boleh kena reject macam tu je.

Kalau tiba-tiba blank nak jawab apa, korang boleh cuba pusing sikit soalan yang ditanya : "Can you tell me more about [perkara yang penemuduga sebut]?"

Bukan memperbodohkan diri tapi korang buat two-way communication dengan penemuduga, ha barulah nampak effort korang tu!

 

3. Tak rugi pun hantar Thank You email

 

Alah setakat Thank You je pun apa lah sangat kan? Sebenarnya ini lah peluang terbaik untuk korang cover balik kekurangan waktu temuduga. Simple je, korang boleh kirimkan e-mel tentang perkara yang dipelajari dibincangkan sewaktu temuduga dan selitkan sikit ucapan 'thank you' untuk peluang yang mereka berikan. 

TIPS : Hantar e-mel dalam masa 24 jam supaya penemuduga tak lupa korang