Perasan Tak Trek Keretapi Ada Diletakkan Banyak Batu-Batuan? Kenapa Ye?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Perasan Tak Trek Keretapi Ada Diletakkan Banyak Batu-Batuan? Kenapa Ye?

post by Aisya

by Aisya

Apr 26, 2017
pada 3:53 AM

Perasaan dia bila travel naik keretapi lain sebab boleh tengok permandangan cantik, dengan udara yang lebih segar dan tak terasa rugi walaupun perjalanannya lebih lama, betul tak? Sepanjang korang travel naik keretapi tu, tak pernah tertanya ke kenapa trak keretapi ada batu-batu? Cuba korang perhatikan ada banyak batu betul tak? Kenapa kena letak batu? Kenapa bukan rumput? Apa gunanya batu-batu tersebut?

 

Kenapa ada batu di trek keretapi?

Sebenarnya sebab dia senang je. Batu-batu yang korang nampak tu nama dia "ballast" yang digunakan untuk memastikan 'sleepers' kekal dalam kedudukannya. Sleepers ini lah yang berfungsi memegang metal rail agar keretapi boleh lalu di atasnya. Kalau tak ada batu "ballast" ni memang keretapi akan tergelincir lah.

 

Tapi kenapa batu "ballast"?

Ada sebabnya mengapa mereka gunakan batu jenis ini, kerana ianya tajam dan kasar dan amat sesuai sekali untuk nak elakkan gerabak keretapi daripada teregelincir daripada trek. Batu ini juga boleh elakkan air daripada bertakung di trak. Menarik kan bila dapat tahu fakta ini? Jadi boleh lah korang soal soalan ini kepada kawan dan kalau diorang tak tahu, berikan jawapan ni. Nampak macam korang ni banyak pengetahuan je kan?

*Sumber: Science ABC