Dari Gaji RM1,000 Ke RM2,300 Wanita Ini Perlahan-Lahan Survive Hidup Di KL
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Dari Gaji RM1,000 Ke RM2,300 Wanita Ini Perlahan-Lahan Survive Hidup Di KL

post by Aisya

by Aisya

Oct 5, 2021
pada 8:18 AM

Fresh graduate nak mencari kerja sekarang ni memang mencabar benar lagi lagi yang Hidup Di KL. Untuk nak jumpa kerja yang betul-betul padan dengan kelayakan gaji lagi lah mencabar. Kalau dah dapat satu kerja tu kira bersyukur sangat tapi itu lah gaji pula masalahnya. Macam mana nak hidup kalau gaji RM1,000 di KL ni? 

Ini perkongsian dari netizen di page IIUM Confession bagaimana seorang graduan bertaraf diploma dengan hampir 4 tahun pengalaman bekerja survive dengan pendapatan hanya RM1,000 sahaja di KL. Percaya pada rezeki tuhan tu luas. Jom sama-sama baca dahulu: 

 

"Isu pemilihan pekerjaan berpunca dari kemahuan gaji yang setimpal dengan kelayakan"

 

"Iya, sudah puas aku drop resume sana sini, print 10 copy tapi yang panggil interview sangkut 1,2 je"

 

"Ada sampai satu tahap dimana aku merasakan setiap bulan sebelum 15 hb gaji aku dah habis sebelum waktu"

 

"Masuk je gaji, benda pertama kena buat hulur dekat parents aku"

 

"Simpanan?  Tipulah kata ada. Aku hanya mampu simpan syiling sehingga penuh balang sebesar sos spaghetti tu. Sedih kan?"

 

"Pernah satu tahap, punca pertelingkahan mesti sebab duit. Murung diri pun ya"

 

"Lama kelamaan, gaji aku mencecah RM2,300 sebulan tak termasuk overtime selepas bekerja di KL"

 

"Usaha cari kerja yang bersesuaian sehingga kau terima rezeki yang setimpal"