Sebelum Kena Sembur Dengan Boss, Guna Je 4 Ayat Penyelamat Ni Daripada Terkaku Diam
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Sebelum Kena Sembur Dengan Boss, Guna Je 4 Ayat Penyelamat Ni Daripada Terkaku Diam

post by Shasha

by Shasha

Oct 3, 2021
pada 11:30 PM

Kalau dah duduk semeja dengan big Boss, macam-macam perkara nak dibentangkan. Bila belakang Boss, ada je idea yang korang nak tembak tapi bila dah kena depan batang hidung ada yang terdiam. 

Bila dah Boss ajak bincang, mestilah penting kan? Daripada korang diam seribu bahasa lagi menaikkan darahnya, guna je 5 ayat ni kalau korang agak-agak rasa macam nak meletup.

 

1) Kena pilih antara 2 idea - "We can do A or B. I suggest B because …"

Kalau dah masing-masing nak menang dengan idea sendiri, sampai bila pun takkan ada jawapannya kan? Nak tolak cadangan idea Boss boleh cuma janganlah nak nampak sangat yang korang condem dia.

 

2) Terpaksa ikut idea Boss - "I'm happy to do it the way you asked, but I want to mention that one possible problem is B."

Bila korang terpaksa akur dengan idea Boss yang sememangnya akan timbul masalah nanti, lebih baik korang jelaskan dahulu padanya. Perangai Boss lain-lain, ada yang jenis kalau nak A, itu juga yang dia nak. Kiranya korang berunding juga lah dengannya sebelum nak proceed dengan tugasan dan ideanya. 

 

3) kalau kerja terlebih muatan - "Can we talk about how I should prioritize my work?"  

Akan sampai satu tahap, workload korang makin hari makin bertambah sampai dah terlebih muatan. Rasa burn out kan? Itu yang kita semua tak nak dan mahu elak sebenarnya. Kalau dah hari-hari push diri pun boleh jadi gila, jangan tunggu Manager nak tegur memang forever lah mereka ni tak tahu yang kerja korang dah overload.

Korang boleh mula bincang dengan Boss guna style soalan ini, confirm takda yang nak bermasam muka. 

 

4) kalau kena marah/tegur - "Thanks for giving me that feedback, it's really useful to hear."

Janganlah tunjuk sangat muka menyampah korang bila kena marah dengan Boss, rileks je buat muka cool ha ayat feedback pun mestilah cool! Macam ni barulah profesional.