Betul Ke Mode Autopilot Kawal 100% Penerbangan? Ini Kesahihannya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Betul Ke Mode Autopilot Kawal 100% Penerbangan? Ini Kesahihannya

post by Aisya

by Aisya

May 2, 2017
pada 7:52 AM

"Tuan-tuan dan puan-puan, kapal terbang ini bakal mendarat. Pastikan anda tegakkan kerusi dan tali pinggang keselamatan dipakai dengan sempurna. Terima kasih." 

Ini adalah pengumuman biasa yang korang dengar saat kapal terbang bakal mendarat kan? Bagi mereka yang tidak biasa naik kapal terbang akan rasa sedikit cemas sewaktu mendarat kerana kadang-kadang pendaratan tidak 100% perfect dan smooth, betul tak?

Tapi pernah tak korang terfikir, waktu take off dan mendarat adakah ianya sepenuhnya dikawal oleh auto-pilot ataupun juruterbang itu sendiri yang melakukannya? Nak tahu jawapannya apa?

 

Autopilot langsung tidak digunakan sewaktu mendarat serta berlepas

Memang kita semua sedia maklum yang autopilot digunakan sebaik sahaja mereka berada di udara kan? Tetapi bukannya sepanjang masa autopilot dipasang rupanya. Memamg 100% bergantung pada kemahiran juruterbang itu sendiri untuk mengemudi kapal terbang sewaktu berlepas serta mendarat. Tidak kira lah cuaca buruk macam mana sekalipun autopilot tidak akan sesekali digunakan. 

 

Autopilot tidak digunakan kerana berbahaya

Ada banyak sebab yang kukuh mengapa pendaratan serta pelepasan kapal terbang dilakukan secara manual. Bila mengemudikan kapal terbang ni, ada bermacam masalah atau kemungkinan yang boleh terjadi dan jika sesuatu perkara terjadi memang perlu bertindak dengan serta-merta. Tiada masa lagi untuk nak lengahkan tindakan.

Komputer boleh jadi membuat keputusan yang salah. Sebagai contoh, bagaimana kalau ada kapal terbang lain di laluan pendaratan? Bagaimana kalau ada ribut yang kencang? Adakah komputer akan masih lakukan keputusan yang bijak? Untuk kes-kes sebegini, memang perlukan kemahiran dan pemikiran seorang manusia.

Jadi buat korang yang terfikir selama ini adakah pilot atau dibantu oleh autopilot semasa pendaratan atau berlepas, jawapannya adalah 100% menggunakan kepakaran dan kemahiran seorang juruterbang. 

*Sumber: star2.com