Dalam banyak-banyak manusia di pejabat, siapa yang tak gerun dengan Boss? Orang terakhir korang akan elakkan berjumpa seharusnya Big Boss kan?

by Shasha
Dalam banyak-banyak manusia di pejabat, siapa yang tak gerun dengan Boss? Orang terakhir korang akan elakkan berjumpa seharusnya Big Boss kan?
Seboleh-boleh nak elak, tiba-tiba terserempak dalam lif atau tempat yang sama. Rileks, jangan tunjuk sangat ketakutan di raut wajah korang. Lakukan ini saja mesti tak 'awkward'!

Sebelum Boss lupa kewujudan anda di syarikatnya, lebih baik anda perkenalkan diri, dari department dan sebagainya. Terasa seperti ice breaking? Perbualan ini sedikit sebanyak akan beri peringatan kepada beliau.

Ramai yang mengharapkan kredit daripada Boss. Cukup sekadar “good job” pun dah melambung gembira. Namun, segala usaha Boss siapa yang nampak? Inilah masanya untuk beri kredit pula padanya cuba anda lihat reaksi raut wajahnya pula.

Pagi petang berbincang hal kerja pun pasti semua orang rasa muak. Apatah lagi dengan Boss. Tak salah rasanya kalau korang menyimpang sedikit berborak tentang topik-topik di luar bidang kerja, pasti ada yang menarik.