"Maaf Tapi Awak Ni Overqualified." Macam Mana Nak Yakinkan Juga Majikan Agar Terima?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

"Maaf Tapi Awak Ni Overqualified." Macam Mana Nak Yakinkan Juga Majikan Agar Terima?

post by Aisya

by Aisya

May 16, 2017
pada 10:15 AM

"Awak ni overqualified lah untuk jawatan yang ditawarkan. Minta maaf saya terpaksa reject." Calon overqualified? Apa maksudnya? Overqualified membawa maksud yang kelayakan calon tersebut melebihi daripada apa yang diminta oleh jawatan tersebut. Sebagai contoh, mungkin tahap kelayakannya jauh lebih tinggi daripada apa yang diminta oleh kerja tersebut atapun pengalaman kerjanya terlalu hebat.

Calon overqualified ini terjadi apabila seseorang itu sukar untuk mencari kerja yang sama dengan tarafnya lalu memohon kerja yang satu level dibawah kelayakan diri. Bagus lah sebab ianya menunjukkan yang korang ni bukan jenis yang cepat berputus-asa dan tarus mencuba. Jadi bagaimana nak dapatkan kerja jika korang ni overqualified?

 

1.   Stop! Jangan terus hantar resume

Pertama sekali jangan terus hantar resume korang. Sebab bila recruiter baca je resume korang mesti dia akan terus reject. Mereka mahukan calon dengan kelayakan SPM dan korang ni Degree. Tapi memang mereka akn terus reject ke? Jarang untuk recruiter nak pertimbangkan kerana kalau korang overqualified mestilah akan demand gaji betul tak?

Lagipun mereka khuatir yang korang akan jadikan kerja ini sebagai backup sahaja sementara menanti tawaran kerja lain yang lebih baik. Pergi terus ke company tersebut dan bertanyakan mengenai kerja kosong. Jangan hantar resume, tetapi berbual dahulu dengan recruiter tersebut. 

 

2. Yakinkan penemuduga yang korang ni aset bernilai pada company

Selepas korang dapat semua maklumat yang diperlukan mengenai kerja kosong yang ditawarkan, korang kena fikirkan cara untuk nak yakinkan pada bakal majikan pula. Cuba untuk ‘jual’ diri dengan mengatakan korang boleh aplikasikan kemahiran yang ada pada diri dalam membantu syarikat tersebut untuk terus maju.

 

3. Ubah balik resume korang tu sehabis baik

Sampai bila tak nak hantar resume betul tak? Lambat-laun kena juga hantar kepada recruiter tapi pastikan korang ubah resume mengikut kehendak kerja tersebut. Highlightkan pada kemahiran dan bukannya pengalaman atau tahap pendidikan. Kalau boleh letakkan kemahiran pada bahagian paling atas sekali.


4. "Saya boleh latih pekerja lain untuk meningkatkan mutu kerja"

Kalau recruiter masih lagi rasa ragu-ragu untuk nak ambil korang, katakan yang korang boleh menjadi asset kepada syarikat dan melatih pekerja lain. Katakan yang korang mampu untuk mengasah bakat dan prestasi kerja orang lain.

 

5.  Terakhir sekali... soalan cepumas

Ini soalan yang tidak boleh dielak sama sekali, “Awak okay ke kalau kerja sebagai orang bawahan ni? Kelayakan awak ni tinggi.” Waktu ini lah korang kena pandai ambil hati recruiter. Taka pa kalau mahu balas “Memang ada perasaan malu, tapi ianya adalah satu proses yang bermakna untuk saya nak asah bakat serta timba pengalaman.”  Pasti majikan pun akan cair lah!