Kes Myvi Kali Ini Lain Sikit, Ramai Netizen 'Back Up' Dengan Amukan Pemilik Kereta Tu
# Trending Semasa

Kes Myvi Kali Ini Lain Sikit, Ramai Netizen 'Back Up' Dengan Amukan Pemilik Kereta Tu

post by Izuan

by Izuan

May 17, 2017
pada 6:06 AM

Bila disebut mengenai kereta Myvi je, pasti perkara-perkara negatif yang akan muncul difikiran kita, mana taknya sebelum ini ada kes-kes 'atas jalan' yang melibatkan kereta tersebut terutamanya insiden DUKE beberapa tahun lalu.

Tapi, itu kisah lama dan ketepikan hal itu, cerita Myvi kali ini ada kelainan sedikit, pemilik kereta Myvi berang dengan budak-budak yang main bola sehingga menyebabkan keretanya bercalar-balar dengan menampal memo dengan kata-kata kesat kepada mereka.

Setelah gambar tersebut menjadi viral, kebanyakan netizen lebih memihak kepada owner kereta tersebut, sekali baca ayat yang ditulis itu memang kasar dan tak patut dilakukan, namun kalau kita cuba letakkan diri kita pada tuan empunya badan ni, memang patut pun dia macam tu. 

"Memang Myvi Murah Tapi Aku Bayar RM600 Bulan-Bulan Untuk Di Rembat Ya B**i Sekalian"

Alahaii, marah sangat owner ni, mungkin dah tak tahan sangat kot sebab hari-hari ada kesan calar, kotor semua. Bayangkan, siapalah yang tak naik angin kalau elok-elok dah basuh kereta, balik kerja kereta dah macam apa.

"Balik Kerja Tengok Kereta Calar Balar, Kesat bulat-Bulat Bola...Siap Pakej Basar Masuk Longkang"

Berikutan dengan penyebaran luas gambar tersebut di media sosial, kami begitu tertarik dengan respon netizen di Twitter, ramai yang menyokong tindakan pemilik kereta tersebut.

"Bukan Takut Calar Tapi Memang Dah Calar Dah Pun...Siapa Je Tak Bengag" - Netizen

Bagaimanapun, masih ada yang tidak menyokong dengan tindakan pemilik Myvi itu, mereka beranggapan bahawa si pemilik ini tiada timbang rasa terhadap budak-budak dan parkir kereta di tempat yang tak sepatutnya.