Dibayar Insentif Sehingga RM500! Hanya Di Genting Malaysia Berhad Sebagai Customer Relation Officer
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Dibayar Insentif Sehingga RM500! Hanya Di Genting Malaysia Berhad Sebagai Customer Relation Officer

post by Aisya

by Aisya

May 18, 2017
pada 2:50 AM

Mahukan kerja kosong di KL? Jika ada boleh untuk bekerja mengikut shift serta bekerja sewaktu hujung minggu atau cuti umum jika diperlukan maka ini adalah kerja yang boleh anda cuba untuk memohon. Genting Malaysia Berhad kini sedang mencari Customer Relation Officer dengan tawaran gaji sehingga RM1,470. Elaun overtime dan bermacam lagi yang boleh dinikmati jadi ianya memang satu yang menguntungkan! Cepat mohon sebelum terlambat.

Customer Relation Officer

> Klik sini untuk mohon: Customer Relation Officer <

 

Gaji sehingga RM1,470 sebulan

Kelayakan

  • Minima SPM/STPM 
  • Graduan muda digalakkan untuk memohon
  • Mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris 
  • Mampu untuk bekerja mengikut shift, cuti umum serta hujung minggu
  • Boleh bermula dengan segera

 

Tanggungjawab

  • Menguruskan inbound serta outbound calls, mengemaskini members Genting WorldCard 
  • Untuk menjual serta mempromosikan bilik, menunjukkan pakej limosin kepada pelanggan
  • Menguruskan profil pelanggan dalam permohonan CRM
  • Bertanggungjawab dalam hal pengkeranian

 

Manfaat tambahan

  • EPF, SOCSO
  • Kelebihan perubatan
  • Insentif (100% RM350 / 120% RM500)
  • Elaun shift dan elaun overtime akan diberikan
  • Elaun pengangkutan serta makanan akan diberikan dengan minimum Overtime 2.5 jam

 

Lokasi Pekerjaan

Lokasi kerja kosong yang ditawarkan oleh Genting Malaysia Berhad yang bertempat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Mari ramai-ramai mohon kerja kosong ini sementara masih dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah sehingga 18 Jun. 

 

> Klik sini untuk mohon: Customer Relation Officer <