Resume Dah Mantap, Tapi 5 Kesilapan Mikro Ini Buat Majikan Rasa Anda 'Careless'
# Pengetahuan Pekerja

Resume Dah Mantap, Tapi 5 Kesilapan Mikro Ini Buat Majikan Rasa Anda 'Careless'

post by Izuan

by Izuan

May 18, 2017
pada 4:04 AM

Kesilapan-kesilapan kecil  di dalam resume yang ketara oleh calon seperti penyalahgunaan tatabahasa, ejaan salah, gambar yang santai boleh dilihat dengan mata kasar. Majikan pasti akan jelak dengan calon-calon. Walaubagaimanapun, bukan ini sahaja kesalahan-kesalahan yang perlu diabaikan, masih ada lagi kesilapan 'halus' yang calon-calon perlu elakkan disaat menghasilkan resume. 

Semak semula dan perhalusi jika kesalahan-kesalahan dibawah ini terkandung dalam resume anda, ianya satu kesilapan yang kecil namun impaknya besar bagi diri majikan. Prestasi anda akan diukur melalui senjata utama dalam proses pencarian kerja . Jadi, jaga reputasi melalui resume anda kerana inilah satu-satunya langkah pertama majikan menilai diri anda.

1. Ulangi Frasa Yang Sama

Jangan kusutkan minda majikan dengan menggunakan patah perkataan yang sama berulang kali. Perlu diingatkan majikan hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat ketika ingin menapis resume calon.  

Tugasan mereka bukanlah hanya sekadar membaca resume, mereka juga mempunyai tugasan lain. Bayangkan jika 'angin' majikan tidak baik, dengan kekusutan yang terkandung dalam resume anda, pasti akan menjejaskan tanggapan positif mereka terhadap calon.

2. Terlalu Padat Dengan Teks

Terlalu banyak teks dalam resume juga adalah penyebab majikan rasa berat hati membacanya. Takperlu ada penjelasan yang melampau, hanya pastikan resume ringkas dan padat. Tetapi ingat! Jangan main letak sahaja sehingga ada ciri-ciri yang tiada pada diri anda. Buruk kesannya apabila waktu kerja nanti.

3. Resume Kreatif Yang Melampau

Zaman sekarang kebanyakan calon lebih gemar menggunakan infografik dan ia adalah satu revolusi yang baik dalam industri. Namun, ada calon yang terlalu banyak 'berhias' berbanding kandungan, ia mungkin menjadi satu merit kepada calon jika memohon kerja yang melibatkan kreativiti seperti dalam bidang grafik, namun tidak relevan di dalam korporat.  Jika ingin melakukan resume yang tampak menyerlah pilih warna, font yang sesuai dan mudah dibaca. 

4. Sembunyikan References

Meletakkan "available upon request" membuatkan majikan rasa bahawa anda ini seorang yang pasif, ada segelintir majikan menitik beratkan terhadap rujukan anda. Jadi, lebih elok kalau letak nama pensyarah, majikan lama atau sesiapa yang berkaitan dengan pelajaran dan pekerjaan lepas.

5. Tayang Akaun Media Sosial

Boleh diterima pakai kalau kerja anda itu ada bersangkut paut dengan media sosial, tapi bukan dalam bidang lain. Mungkin selama ini anda seringkali mendengar bahawa majikan akan cuba selongkar akaun media sosial untuk melihat kelakuan calon-calonnya, jadi anda buat persiapan awal untuk private kan semuanya dan rasa yakin untuk biarkan mereka semak. 

Tanggapan anda sebenarnya dah salah, majikan sebenarnya tak berminat nak tahu pun sebab belum tentu mereka minat dengan anda untuk bekerja dengan mereka. Tambahan pula, mereka boleh cari sendiri jika mahu, jadi tugas anda hanya privatekan apa yang patut dan tak perlu tayang akaun di dalam resume.