Tahu Tak Yang Korang Mohon MyKad Yang Hilang Secara Online Je? Mudah Betul
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tahu Tak Yang Korang Mohon MyKad Yang Hilang Secara Online Je? Mudah Betul

post by Aisya

by Aisya

May 21, 2017
pada 5:07 AM

Urusan harian yang sibuk membuatkan kita semua tidak ada masa untuk nak buat secara manual. Kalau boleh semua  urusan mahu dilakukan secara online kerana mudah dan jimat masa, betul tak? Paling leceh sekali bila ada perlu selesaikan urusan yang melibatkan kerjaan ni kerana urusanperlu dilakukan sewaktu masa pejabat. Tak kan lah kena ambil cuti semata nak selesaikan betul tak?

Korang tahu tak yang Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN ada menyediakan khidmat atas talian dan yang paling utama adalah permohonan gantian MyKad boleh dilakukan secara online sahaja. Tidak perlu lagi untuk pergi ke kaunter! Korang sedar tak perkhidmatan ni?

Maukerja nak ajar cara-cara untuk memohon kad gantian secara atas talian sahaja. Tapi perlu diingatkan segala transaksi bayaran fi perlu dilakukan menggunakan kad kredit. Bayaran secara tunai tidak diterima. Mudah je proses dia.

 

1.  Pilih "PERMOHONAN DALAM TALIAN" 

 

2.  Klik pada "MOHON GANTIAN BAGI MyKad ANDA"

 

3.  Log masuk dan isikan semua butiran yang diperlukan

Kidmat sistem gantian MyKad ini memerlukan korang untuk melakukan transaksi pembayaran fi melalui kad kredit sahaja. Pembayaran secara tunai tidak diterima untuk proses ini. Dan perlu diingatkan sistem permohonan penggantian ini hanya membenarkan 4  jenis permohonan sahaja iaitu:

1) Gantian kad rosak

2) Gantian cip rosak

3) gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)

4) Gantian disebabkan kehilangan

 

Dah selesai proses permohonan korang! Sekarang ni nak tunggu mereka siapkan je MyKad dan bila dah selesai boleh dikutip di cawangan JPN. Mudah kan?