Kenapa Kalau Kira Guna Kalkulator Jumlah EPF dan SOCSO Yang Ditolak Berbeza? Ini Sebabnya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kenapa Kalau Kira Guna Kalkulator Jumlah EPF dan SOCSO Yang Ditolak Berbeza? Ini Sebabnya

post by Aisya

by Aisya

Oct 12, 2021
pada 8:18 AM

Perasan tak dalam penyata gaji ada ditulis jumlah amount ditolak untuk KWSP atau nama lainnya EPF yang bermaksud (Employees Provident Fund)? Apa benda EPF ni? Bagaimana mereka kira jumlah yang perlu ditolak daripada gaji? Ini semua akan diperjelaskan dalam artikel.

 

EPF ni apa? Kenapa kena tolak daripada gaji setiap bulan?

EPF adalah pelan caruman serta pelan pencen agar kebajikan pekerja terjaga. Sejumlah wang akan dicarumkan kepada EPF berdasarkan gaji bulanan seorang pekerja. Jumlah wang itu akan berjalan secara bulanan kedalam akaun pekerja itu sendiri. Ianya memerlukan pekerja serta majikan untuk memberi bahagian tersendiri dan jumlah wang antara pekerja serta majikan adalah berbeza. Jumlah wang yang dicarum adalah berdasarkan gaji pekerja. Dibawah adalah contoh slip gaji yang tertera jumlah KWSP serta SOCSO. 

Macam mana nak kira?

Pengiraan EPF dan SOCSO adalah mengikut jadual yang telah dibekalkan oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PERKESO. Ianya mengikut tangga gaji pekerja sendiri dan sebab itu lah jika kira menggunakan kalkulator secara rawak, jumlah yang tertera TIDAK AKAN SAMA. Korang boleh rujuk pada Jadual EPF dan Jadual Caruman SOCSO yang telah tersedia di bawah.

Kadar peratusan bagi pekerja ialah sebanyak 11% yang bermaksud 11% daripada gaji akan ditolak dan dicarumkan dalam akaun EPF. Manakala bagi majikan pula adalah sebanyak 12%. Ini bermaksud 12% daripada nilai gaji akan dibayar oleh majikan secara bulanan. Tetapi korang perlu juga dapatkan kepastian berapa peratusan yang dipotong.

Tapi untuk nak kira berapa jumlah 11% tu tidak boleh dikira secara rawak, perlu rujuk Jadual EPF seperti di bawah:

 

 

 

 

 

 

Jadual EPF ini jelas menunjukkan kadar caruman dari pihak pekerja serta majikan. Jadi bagi korang semua boleh lah rujuk jadual ini untuk mengetahui dengan lebih tepat berapa jumlah caruman gaji korang. Jangan lupa untuk sentiasa semak dalam akaun kerana mana lah tahu ada bulan yang majikan lupa untuk masukkan ke kan? Dalam slip gaji tertera caruman majikan tapi dalam akaun rupanya tiada. Itu pun boleh terjadi juga.

 

EPF dah, sekarang SOCSO pula

Jadi diharapkan dengan perkongsian jadual ini boleh sedikit sebanyak membantu korang dalam menyelesaikan kebuntuan bagaimana mahu mengira. Jika mahukan lebih kepastian boleh rujuk di sumber yang disediakan di bawah. 

*Sumber: KWSP