7 Tips Hasilkan Cover Letter 'Outstanding' Yang Membuatkan Anda Jadi Sasaran Majikan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

7 Tips Hasilkan Cover Letter 'Outstanding' Yang Membuatkan Anda Jadi Sasaran Majikan

post by Izuan

by Izuan

May 23, 2017
pada 5:48 AM

Ramai yang terlalu fokuskan pada resume jika ingin memohon sesuatu jawatan, sehingga tidak memberi tumpuan kepada Cover Letter, perlu diingatkan bahawa Cover Letter inilah yang merangsang majikan untuk membuka resume anda ataupun tidak.

Seperti yang telah diwartakan sebelum ini, majikan tidak akan mengambil masa yang lama untuk membaca resume calon, jadi apatah lagi dengan Cover Letter ini. Kadang-kadang majikan tidak mahu baca langsung kerana struktur ayat yang begitu klise dan sama digunakan oleh calon-calon lain.

Kesannya, resume anda diabaikan begitu sahaja, untuk menarik perhatian majikan, anda perlulah menghasilkan Cover Letter yang 'Outstanding' berbanding dengan calon lain untuk pastikan membaca resume atau mengambil anda bekerja.

1. Personalize

Setiap penghasilan Cover Letter haruslah dipadankan dengan kerja tersebut, Bukan hanya sekadar memberitahu bahawa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan, kebanyakan calon gemar menghantar Cover Letter 'tangkap muat'. Hanya sekadar tulis nama, graduan mana, kerja dari mana, dan beritahu yang anda nak mohon.

Cara begitu bukalah tak bagus, tapi biasa-biasa sahaja dan tiada isu bagi majikan namun mereka anggap bahawa anda tak ada sebarang x-factor untuk menarimk perhatiannya. Jadi,  jelaskan kemahiran yang anda ada itu, pastikan ia selaras dengan jawatan tersebut. 

2. Gunakan Format 'Business Letter'

Calon-calon selalu menghasilkan Cover Letter yang seakan-akan memo, hanya sekadar Dear XXX, kemudian beberapa perenggan ayat yang mengampu diri, untuk mengalihkan perhatian majikan kepada diri anda.

Hasilkan satu Cover Letter yang lebih nampak professional, beri susunan yang teratur, gambar diatas merupakan templat untuk Businness Letter, jadi, gunakan templat ini. Baru lah nampak 'outstanding' berbanding dengan calon lain.

3. Elakkan Menggunakan Ayat "To Whom It May Concern"

Sebaliknya gunakan nama majikan, ambil masa untuk mengetahui nama pengurus pengambilan pekerja melalui carta organisasi di syarikat tersebut. Anda boleh dapatkan melalui laman web rasmi syarikat tersebut atau bertanyakan kenalan yang bekerja disitu.

Jadi cuba jangan buat "Dear Hiring Manger" "Dear Mr/Mrs" itu semua. Macam sudah diberitahu ini tak salah cuma majikan pasti tertarik kerana anda boleh tahu namanya walaupun anda mohon melalui laman rasmi.

4. Cerita Mengenai Diri Anda

Cover Letter adalah satu 'buku cerita'  tentang kelayakan anda untuk memperoleh jawatan tersebut, Maknanya disini, Gunakan pengalaman dalam kerjaya sebelum ini untuk menyerlah dengan menceritakan pencapaian anda kepada majikan.

Pastikan ia selaras dengan bidang kerja, misalnya anda telah mencapai sasaran dengan jumlah yang banyak dalam masa yang singkat, pernah mengendalikan projek besar atau sebagainya yang bersangkut paut dengan jawatan tersebut.

5. Gunakan 'Bullet Point'

Ayat yang panjang berjela pun pasti buatkan majikan bosan untuk membacanya, jadi permudahkan kerja mereka dengan memberi penerangan menggunkan 'bullet point' sebab ianya ringkas tapi padat. Lihat contoh diatas.

6. Beri Penekanan Terhadap Budaya Syarikat

Biasanya dalam iklan kerja akan menerangkan persekitaran kerja, atau anda boleh 'stalk' sendiri di laman media sosial syarikat tersebut. Jadi, cuba jelaskan dalam cover letter dengan synchronize kan kebolehan dan kemahiran anda untuk bekerja dengan mereka berdasarkan persekitaran kerja di syarikat tersebut.

7. Banyak Bermain Dengan Nombor / Masa

Misalnya anggaran sasaran bulanan yang diperuntukkan dan berapa yang anda telah capai dan berapa lama? Lagi bagus kalau terlebih capai dan dalam masa yang singkat! Apa un bukti haruslah dilampirkan sekali. Mungkin apa yang dicapai tidaklah seperti rakan sekerja lain, tapi dengan penggunaan nombor dan masa, ia merupakan satu tarikan bagi pembaca.