Majikan Tak Boleh Sewenang-Wenangnya Buat Caruman PERKESO Korang Tanpa Ikut 2 Panduan Ini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Majikan Tak Boleh Sewenang-Wenangnya Buat Caruman PERKESO Korang Tanpa Ikut 2 Panduan Ini

post by Shasha

by Shasha

May 23, 2017
pada 9:37 AM

Apa gunanya caruman PERKESO atau SOCSO yang selalu korang tengok pada slip gaji tu sebenarnya? Wujudnya PERKESO ni adalah satu bentuk bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang sakit akibat kemalangan atau penyakit. 

Hati-hati bila tandatangan slip gaji korang, periksa dulu kadar caruman PERKESO supaya majikan tak salah tolak gaji korang.

 

1. Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan Dan Keilatan)

  • Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 55 tahun. (Pindaan Akta Berkuatkuasa 1 Januari 2013).
  • Kadar caruman = 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja

 

2. Jenis kedua (Skim Bencana Pekerjaan sahaja)

  • Bagi pekerja berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja
  • Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula mendaftar dan tiada caruman sebelum mencapai 55 tahun.
  • Orang berinsurans yang menerima Pencen Ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Caruman jenis ini dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
  • Kadar caruman = daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.

 

Caruman dibuat mengikut purata gaji

 

Gaji melebihi RM1,300

 

Gaji melebihi RM3,200 ke atas

 

Korang boleh semak status pendaftaran secara online di sini supaya tak ditipu majikan