


by Aisya

Korang pernah tak terlambat pergi office sebab terlupa kunci jam? Ataupun best sangat tidur dengan cuaca hujan apa sampaikan terlajak tidur? Bila bangun pagi gelabah nak siap semua dan tengok jam dah pukul 9:30 pagi. Alamak! Memang tak sempat lah nak pergi office ni! Mula lah mencari alasan apa nak digunakan untuk tipu bos betul tak?
Maukerja nak kongsikan satu video yang membincangkan top 3 alasan yang paling cliche sekali digunapakai oleh staff bila lambat masuk office. Tipu lah kalau korang tak pernah sekali pun guna. Cuba tengok video ini:
.png)
.png)
Ini alasan paling famous sekali digunakan oleh staff bila terlambat masuk office. Alasan ni memang tak akan pernah lapuk digunakan dan kadang-kadang tu bukannya trafik jam pun tetapi suka hati je gunakan. Kalau dah tahu memang jalan ke office sesak setiap masa, ambil lah inisiatif dengan keluar rumah awal, betul tak?
.png)

Ini alasan yang top juga digunakan tapi dia kena pandai guna. Nampak pelik lah kan kalau setiap hari asyik bagi alasan yang sama je. Tak kan lah kereta setiap hari buat hal? Kalau staff tu tak habis-habis dengan alasan ni, maksudnya dia menipu lah tu. Sebenarnya LRT tak rosak pun tapi dia dekat rumah tengah sedap tidur sebab semalam lupa nak kunci alarm.
.png)
.png)
Memang tak boleh dinafikan Malaysia ni negara 4 musim; musim panas, musim banjir, musim jerebu dan musim durian. Dan bila tiba musim hujan boleh dikatakan hampir setiap hari hujan lebat sampaikan banjir lah. Paling biasa sekali mesti banjir dekat Federal Highway kan? Tapi yang bestnya, mentang-mentang lah tengah musim hujan ni, ada yang salah gunakan alasan ini. Sedangkan tempat dia tak banjir pun.