3 Cara Bagaimana Nak 'Negotiate' Gaji Bulanan Dengan Majikan Masa Interview
# Pengetahuan Interview

3 Cara Bagaimana Nak 'Negotiate' Gaji Bulanan Dengan Majikan Masa Interview

post by Izuan

by Izuan

Apr 18, 2022
pada 7:39 AM

Salah satu perkara yang paling genting di akhir waktu temuduga ialah, rundingan gaji , disinilah yang menentukan kehendak anda untuk kerja di syarikat tersebut. Kadang-kadang kita menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu, namun gaji yang ditawarkan tidaklah begitu memberangsangkan. 

Sebenarnya kalau majikan tidak menawarkan gaji seperti mana yang anda harapkan, masih ada alternatif lain untuk dapatkan jumlah yang sepatutnya daripada syarikat tersebut, jangan terima bulat-bulat! Cara cari kerja ditempat lain bukan satu keputusan yang tepat, jangan risau cara yang akan kongsikan ini takkan menjejaskan persepsi majikan. 

Tapi kalau berunding, jangan minta terlalu tinggi sehingga melepasi tahap piawaian yang sepatutnya, lebih-lebih lagi graduan muda. Panduan ini sesuai digunakan bagi mereka yang dah berpengalaman mahupaun graduan muda! Kalau nak cari kerja boleh je cari dekat Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Video 

100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

1. Buat rundingan untuk mendapatkan jumlah yang dimahukan  

Majikan akan terangkan skop kerja yang perlu anda lakukan, kemungkinan di luar bidang kuasa. Ia bergantung kepada anda samada mahu terima atau pun tidak, jika mahu terima, pastikan anda buktikan kepada mereka bahawa anda boleh lakukannya dengan baik dan tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang telah tetapkan.  

2. Kenalpasti yang syarikat sediakan  

Tanya manfaat yang anda akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan pastikan manfaat lain seperti elaun, parking, kerja lebih masa ada disediakan. Segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memeperuntukkan apa-apa kelebihan. Itu sebablah pentingnya untuk kita tanya, kerana ada majikan yang sengaja tidak memberitahu manfaat sewaktu temuduga. 

3. Jika berpengalaman terangkan kelebihan yang menjadi penyumbang dalam syarikat  

Ini sesuai untuk mereka yang berpengalaman, tunjukkan yang terbaik dalam diri anda kepada majikan berdasarkan kemahiran yang diperoleh sepanjang berkerja di tempat lama. Sudah semestinya salah satu seseorang menukar pekerjaan, mahukan gaji yang lebih tinggi, hanya perlu 'jual diri' kepada majikan untuk membuatkan mereka rasa yakin dengan anda. Selamat mencuba! 

Haaa dah tahutips kan? dah tahu, mestilah kene cari kerja dulu. Cari je kerja dekat Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!