Korang Akan Jadi Target Majikan Jika Tergolong Dalam 4 Jenis Pekerja Ni Sewaktu 'Lay-Off' Syarikat
# Pengetahuan Pekerja

Korang Akan Jadi Target Majikan Jika Tergolong Dalam 4 Jenis Pekerja Ni Sewaktu 'Lay-Off' Syarikat

post by Shasha

by Shasha

May 24, 2017
pada 8:50 AM

Semua orang gerun kalau tiba-syarikat mahu kurangkan kos perbelanjaan, kecilkan department dan erti kata lain : lay-off company. Tak pasti lagi tapi itulah khabar angin yang korang dengar dalam office dan bos korang masih lagi nak cover line. 

Sebenarnya bila company adakan lay-off, mereka bukan suka-suka je buang pekerja mana yang mereka mahu. Ianya perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan kesalahan dari sisi undang-undang dan garis panduan yang harus diikut.

 

1. Pekerja yang ralat belajar kemahiran baru

Semuanya dah berubah kalau nak dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Job description korang juga mungkin sudah berubah kerana syarikat telah mula untuk mengutamakan penggunaan teknologi baru. 

Kalau korang nak kekalkan kerja, jangan seskali tolak tawaran untuk belajar kemahiran baru. Ketidakmahuan untuk belajar boleh menjadikan korang sebagai target seterusnya dalam lay-off serta majikan juga bahaskan yang korang tidak lagi fokus dalam mencapai matlamat company. Pekerja yang boleh suaikan diri dengan cepat dan low-maintenance mempunyai peluang besar untuk dikekalkan. 

 

2. Pekerja yang sentiasa ada masa terluang 

Dah siap buat tugasan kerja korang dah fikir ianya dah cukup bagus? Sampai ada banyak masa terluang nak kemas meja, nak susun-susun fail dan boleh dikatakan separuh hari lah ada masa terluang. Tapi kalau korang tak cari kerja extra sampai majikan perasan yang kerja korang ni terlampau ringan, korang mungkin dalam bahaya untuk mendapat notis berhenti.

Bukan itu je, pekerja yang zero experience, yang gemar bersantai dan tak hiraukan kerja, suka buat salah dan biar orang lain dipersalahkan atau juga pekerja yang menghampiri tempoh pencen juga dalam senarai utama untuk lay-off.

 

3. Mereka yang banyak belanja atau banyak songeh 

Nama pun lay-off, sudah semestinya majikan mahu lakukan pemotongan atas dasar perbelanjaan, jadi dalam senario sebegini korang boleh agak di mana kedudukan pekerja bergaji besar ni. Bila korang berhentikan seorang pekerja yang sama nilainya dengan 3 pekerja, mana satu yang akan korang pilih? Melainkan pekerja gaji besar tu tunjukkan betapa mereka diperlukan dalam syarikat tersebut. 

Dalam masa yang sama juga, jika 'drama' pekerja itu mengganggu produktiviti kerja dan majikan pula kena habiskan masa dan tenaga untuk selesaikan masalah pekerja juga akan jadi sasaran. Pekerja yang sebegini yang akan dipertimbangkan dahulu untuk dibuang atau tidak kerana mereka membelanjakan banyak masa dan duit syarikat dan layoff ini lah peluang terbaik untuk singkirkan orang begini. 

 

4. Pekerja yang suka malukan majikan 

Berkebolehan untuk buatkan majikan serta pekerja lain untuk tampak bagus dan outstanding dalam company ini membuatkan korang disukai ramai. Ini adalah satu soft skill yang majikan cari. Jika pekerja itu suka memalukan boss dengan kedatangan yang lambat ke presentation, bertengkar mulut dengan pekerja lain di hadapan orang ramai dan bercakap hal negatif mengenai company, jangan ingat yang korang bakal selamat waktu lay-off pekerja nanti.