Melalui 4 Gaya 'Handshake' Ini Penemuduga Dah Dapat Mengesan Karakter Diri Korang
# Pengetahuan Pekerja

Melalui 4 Gaya 'Handshake' Ini Penemuduga Dah Dapat Mengesan Karakter Diri Korang

post by Shasha

by Shasha

May 28, 2017
pada 1:46 AM

Sudah menjadi kebiasaan dan budaya sesi temuduga, di mana korang akan berjabat tangan dengan penemuduga sebagai pembuka majlis. Setakat salam saja, takda apa sangat lah kan. Dari cara korang menggenggam dan salam pun penemuduga dapat mengesan karakter diri korang. 

 

1.    Genggaman tangan yang agak basah – gementar yang melampau


Memang tak dinafikan, darah tengah gemuruh jadi seluruh badan akan rasa begitu.  Jikalau anda sendiri bersentuhan dengan tangan yang basah pun akan rasa sedikit janggal kan?  
Atasi tangan berpeluh dengan mencuci tangan dengan kerap dan memakai bedak talcum.

 

2.    Genggaman menggigil atau lemah – tidak komited dan lemah

Menurut kajian Professor Shipps dan Freeman dari Universiti Ohio Wesleyan : genggaman tangan yang lemah menunjukkan individu tersebut tidak komited dan lemah. 

 
3.    Genggaman terlampau kuat – agresif dan sukar untuk bekerjasama

Terlalu menggenggam pun akan beri tanggapan yang kurang sopan terhadap pembawakan diri korang.

 

4.    Genggaman sepantas kilat – Biadap

Kalau tangan dihulur takkan lah nak sambut secara tak ikhlas. Kecil hati penemuduga bila tangan dilepaskan terlalu cepat. Buktikan bahawa anda betul-betul hargai masa yang mereka luangkan untuk korang. 

Kalau boleh, cuba elakkan 4 jenis genggaman ini ketika bersalam dengan penemuduga supaya korang tampil professional sehingga tamat sesi temuduga!