Cara Kepimpinan CEO Ini Kepada Pekerjanya Yang Dicemburui Staff-Staff Lain
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Cara Kepimpinan CEO Ini Kepada Pekerjanya Yang Dicemburui Staff-Staff Lain

post by Izuan

by Izuan

May 29, 2017
pada 12:06 AM

Setiap syarikat mempunyai 'budaya' mereka sendiri, ia bergantung pada diri kita sebagai seorang pekerja samada mahu 'telan' atau tidak. Tapi memang tak adil lah kalau pekerja sahaja yang harus menurutinya. Seorang pemimpin juga harus membuat pertimbangan terhadap pekerja.

"Staff bukan karpet untuk dipijak" antara pesanan 'sinis' daripada seorang CEO yang lebih dikenali sebagai Shamsudin Kadir ini. Sebagai seorang pemimpin beliau menegaskan bahawa dirinya tidak begitu gemar untuk membiarkan staf mereka pulang lewat ke rumah. Mari kita dalami perkongsian daripanya yang boleh membuatkan anda sebagai pekerja rasa seperti dihargai.

Sebahagian bos mereka suka staf yang balik kerja lewat malam, dan menjadikan dirinya sebagai contoh.

Tidak semua kepimpimpinan melalui teladan dapat ditiru ataupun diikuti oleh staf yang menerima arahan.

Kebanyakan bos besar mempunyai anak-anak yang sudah dewasa...Bagi staf biasa, anak-anak yang masih kecil memerlukan banyak tumpuan dan juga kasih sayang.

Lain kepimpinan, lain pula caranya...Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.