Rugi Biarkan Duit KWSP Tu Bersawang Je. Gunakan Untuk 4 Perkara Ni
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Rugi Biarkan Duit KWSP Tu Bersawang Je. Gunakan Untuk 4 Perkara Ni

post by Aisya

by Aisya

May 29, 2017
pada 5:29 AM

Setiap bulan korang asyik carum duit gaji ke akaun KWSP dan bila semak penyata dah makin banyak caruman KWSP korang tu. Tapi apa gunanya kalau ada simpanan yang banyak dan tidak boleh digunakan? Korang tahu tak wang EPF ni boleh digunakan untuk lakukan 4 urusan ini? Haa, rugi betul kalau korang tak tahu 4 benda ni.

 

Pengeluaran 1: Untuk tujuan membeli rumah atau membina rumah

Wang EPF itu boleh dikeluarkan melalui Akaun 2 untuk tujuan membeli hartanah. Jenis-jenis hartanah yang layak dibeli dengan EPF adalah:

  1. Rumah banglo
  2. rumah teres
  3. rumah bekembar (semi-detached)
  4. apartmen
  5. kondominium
  6. studio (apartmen)
  7. service apartment
  8. townhouse
  9. SOHO
  10. atau lot kedai dengan unit kediaman (yang dijual oleh pemaju, individu, atau melalui lelongan awam)

 

Apa yang perlu dibawa bersama untuk memohon:

1. Borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form

2. SPA (Sales and Purchase Agreement)

3. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Housing Loan Approval Letter) atau Loan Facility Agreement

 

Syarat kelayakan untuk pengeluaran EPF:

1. Pengeluaran untuk membeli rumah pertama

2. Pengeluaran untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama dijual

 

Pengeluaran 2: Untuk kurangkan atau menebus baki pinjaman perumahan

Boleh keluarkan wang dalam EPF melalui Akaun 2 untuk kurangkan atau menebus baki pinjaman perumahan. Bergantung pada institusi kewangan yang diluluskan. Pengeluaran boleh dilakukan untuk pembelian hartanah melalui individu, pembelian bersama atau pinjaman perumahan untuk pasangan kita.

 

Cara-cara untuk memohon adalah:

1. Penyata terkini Baki Pinjaman Perumahan (Housing Loan Balance Statement) yang tak lebih daripada 3 bulan dari tarikh permohonan

2. Surat Penebusan Pinjaman (di mana pembiayaan semula telah dilakukan sebelum ini).

 

Syarat kelayakan untuk pengeluaran EPF:

1. Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah pertama yang dibeli.

2. Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah kedua (dengan syarat, hartanah pertama telah dijual atau dilupuskan).

 

Pengeluaran 3: Untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan

Ini adalah sebagai tambahan kepada skim sebelum ini iaitu pengeluaran untuk kurangkan atau untuk menebus baki pinjaman perumahan. Korang boleh setkan EPF Akaun 2 untuk untuk bayar terus kepada pihak bank yang dibuat pinjaman. Bila dah setkan sebegini, ianya boleh dibatalkan selepas 1 tahun pengeluaran awal. Untuk membatalkannya, boleh isi Borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran (Withdrawal Cancellation Application Form). Sediakan Penyata Baki Pinjaman Perumahan terkini semasa membuat permohonan. 

 

Pengeluaran 4: Untuk dapatkan nilai pinjaman perumahan yang lebih tinggi

Ini adalah skim yang boleh membantu korang yang nak memohon nilai pinjaman yang lebih tinggi iaitu melebihi syarat kadar pinjaman yang layak dapat. Korang boleh mohon kepada KWSP untuk ketepikan jumlah tertentu daripada EPF Akaun 2, untuk dimasukkan dalam Flexible Housing WIthdrawal Account. Setiap caruman bulanan ke akaun ini dianggap sebagai pendapatan kepada pemohon.

 

Cara-cara untuk memohon:

1. Beritahu institusi kewangan (yang kita buat pinjaman) tentang “Flexible Housing Withdrawal Account” ini semasa proses permohonan. Kemudian, dapatkan pengesahan daripada institusi kewangan tentang maklumat pinjaman.

2.Kemukakan permohonan ini melalui institusi kewangan yang kita pilih.

3. Pengeluaran “Flexible Housing Withdrawal” ini wajib kita gunakan bersama dengan:

  • Pengeluaran EPF untuk membeli (atau membina rumah), ATAU
  • Pengeluaran EPF untuk kurangkan (atau selesaikan) baki pinjaman perumahan.

 

*Sumber: Gila Hartanah