Masa Interview Kalau Korang Lalui 5 Perkara Ini, Sebenarnya Dah Dapat Kerja Tu
# Pengetahuan Interview

Masa Interview Kalau Korang Lalui 5 Perkara Ini, Sebenarnya Dah Dapat Kerja Tu

post by Izuan

by Izuan

May 31, 2017
pada 4:39 AM

Persediaan awal sebelum temuduga telah pun korang lakukan, segala proses temuduga berjalan dengan lancar. Tapi korang mesti tertanya-tanya adakah korang diterima bekerja ataupun tidak? Selalunnya majikan akan berkata "tunggu panggilan kami", kebiasaanya memang tidak diterima bekerja, tapi tak semstinya!

Mungkin korang tak ada kuasa untuk mengetahui proses pemilihan yang mereka lakukan, melainkan jika korang ada kenal dengan 'orang dalam' di syarikat tersebut. Namun begitu, korang sebenarnya boleh 'hidu'  petanda bahawa korang sebenarnya di senarai pendek oleh majikan dan kemungkinan meraka sudah membuat persediaan tempat jawatan itu adalah untuk korang. Bagaimana? Melalui 5 petanda di bawah ini.

1. Bila Dipanggil Untuk Temuduga Kali Kedua

Ini antara pentanda yang paling senang untuk kita dapat tahu, kebiasaanya jika majika menghubungi korang semula untuk temuduga kali kedua. Biasanya mungkin korang telah disenarai pendek untuk bekerja dengan mereka. Tapi kadang-kadang mereka bukan mahu lakukan temuduga pun, mereka hanya mahu menjelaskan mengenai progress kerja dan segala latar belakang temuduga tersebut. Ada segelintir majikan hanya sekadar mahu mengetahui lebih lanjut atau berborak dengan korang.

Bagaimanapun jaka mudah berasa selesa, jaga tingkah laku dan buat persediaan untuk temuduga seperti mana kali pertama (pakaian kemas, pertuturan, adab dan sebagainya)

2. Berkenalan Dengan Team Kerja Serta Merta

Baru temuduga tapi majikan dah bawa korang ke department mereka untuk bersua kenal dengan team tersebut. Itu maknanya bahawa majikan sangat berminat dengan korang, ini sebanrnya peluiang dah ada depan mata korang hanya mahu terima atau tidak. Pastikan beri reaksi positif jika majikan lakukan perkara ini.

3. Majikan 'Mencelah' Sewaktu Penjelasan Korang..Ingin Satu Satu Perkara Dengan Lebih Lanjut

Sewaktu temuduga, korang mesti akan beri yang terbaik untuk menceritakan mengenai diri korang. Jika majikan tertarik mereka mencelah sewaktu korang sedang bercerita. Maknanya majikan berminat mengetahui maklumat lebih lanjut terhadap topik yang korang ceritakan.

4. Waktu Temuduga Agak Lama Berbanding Calon Yang Lain

Salah satu petanda jika majikan tak berminat dengan korang, mereka mahukan sesi temuduga tersebut dihabiskan secepat mana yang mungkin. Baru ceritakan mengenai latar belakang, majikan terus berkata "Okay nanti kami akan hubungi awak".

Tapi jika majikan tetap bertanya soalan kepada korang, maknaya mereka sedang membuat penapisan pada waktu itu samada korang layak atau tidak. Selain itu, mereka juga sebenarnya selesa bercakap dengan korang. Jadi, pastikan korang ldapat akukan dengan baik pada waktu itu.

5. Tempoh Pemilihan Yang Amat Singkat

Ada segelintir majikan mahukan pekerja mereka secepat mungkin, biasanya mereka akan berkata "Kami akan hubungi awak dalam masa dua hari, jika tidak awak tak terpilih". Secara logiknya 'dua hari' itu sangat si ngkat untuk membuat pemilihan kerana masih ramai lagi calon-calon yang hadir pada waktu itu, maknanya korang diambil bekerja dengan mereka. Jadi, korang hanya perlu bersedia mendapat panggilan daripada majikan sahaja.