"Jangan Resign Untuk Kejar Impian" - Penulis Berjaya Ini Kongsi Sebab Korang Tak Digalakkan Lompat Kerja
# Pengetahuan Pekerja

"Jangan Resign Untuk Kejar Impian" - Penulis Berjaya Ini Kongsi Sebab Korang Tak Digalakkan Lompat Kerja

post by Shasha

by Shasha

May 31, 2017
pada 7:02 AM

Setiap manusia mempunyai impian mereka sendiri, namun bukan  semua orang bertuah untuk merealisasikannya. Sebenarnya perjalanan kita sudah diatur dengan baik, ramai yang beranggapan bahawa mereka mahu bekerja kerana passion, kalau tidak maka kerja yang mereka lakukan hanya untuk menanggung kehidupan mereka.

Ada juga yang menganggap bahawa mereka tidak boleh 'berkembang' dengan tidak dapat memenuhi bidang kerja yang sesuai untuknya. Jadi, mereka membuat keputusan untuk 'lompat kerja' walaupun baru kemahiran yang diperoleh belum cukup. Ikuti perkongsian daripada lelaki ini.

 

1. Itu semua tipu!

"Banyak kisah-kisah orang berjaya yang anda baca dalam buku perniagaan mengenai kisah kariernya atau rakan-rakan kolej lama yang sudah berjaya, anda akan selalu dengar "saya mahu ke pringkat seterusnya".

Ayat ini lah yang anda suka ulangi apabila bercakap mengenai kejayaan besar. Segala risiko yang diambil dan ganjaran mereka perolehi akhirnya membuahkan hasil, inilah yang kerap kali kita dengar daripada perniaga, bintang filem terkenal, dan artis-artis yang sudah berjaya. Tapi itu semua tipu".

 

2. Hari ini..kita masih obses dengan 'lompat kerja'..disebabkan pengaruh seseorang

Pada hari ini - mungkin esok dan hari berikutnya yang mempunyai teknologi baru tanpa henti-henti dan kemudahan memulakan perniagaan atas talian - kita masih obses dengan 'lompat kerja'

Kenapa? Sebab apa yang kita perhatikan dikeliling kita. Kita sangkakan bahawa karier yang lebih baik akan ada disebabkan pengaruh seseorang yang dianggap 'luar biasa' yang telah berjaya dan memberikan hasil yang berbaloi.

 

3. Mulakan dengan sesuatu perkara yang sangat kecil....Mereka yang terus naik tanpa langkah permulaan dari bawah. Hasilnya. Gagal

  • Mulakan dengan sesuatu perkara yang sangat kecil. Kebanyakkan orang fikirkan bahawa permulaan yang baik sahaja boleh membuatkan kita menjadi lebih bagus. Itu tak betul. Selalunya orang yang ingin merealisasikan 'impian' mereka melakukan kesilapan ini. Mereka yang terus naik tanpa langkah permulaan dari bawah. Hasilnya. Gagal
  • korbankan diri untuk bekerja lebih masa. Lebih banyak anda lakukan, lebih ringan bebanan anda. Apabila ia dah menjadi satu kebiasaan pada diri anda, ia akan menjadi lebih senang dan lebih baik.

 

4. Kejayaan tak datang bergolek

"Baru-baru ini saya ditanya oleh podcast bagai mana saya boleh menjadi penulis sepenuh masa. Pengacara ingin mengetahui kejayaan terbesar saya".

"Tak ada apa-apa pun, ia cuma sesuatu perkara yang kecil cume ia perlu dilakukan lebih masa" Untuk dalam jangka masa yang alam ia agak memalukan saya. Saya tak ada kisah hidup seperti Jerry Maguire. Tiada apa-apa yang sangat dramatik yang boleh mengubah dunia. Tapi apabila saya memulakan sesuatu perkara itu dengan penuh kejujuran, saya sedar bahawa strategi slow and steady adalah lebih norma daripada apa yang kita jangka".