Badan Korang Takkan 'Lembik' Untuk Kerja Masa Puasa Jika Amalkan 4 Tips Ini
# Pengetahuan Pekerja

Badan Korang Takkan 'Lembik' Untuk Kerja Masa Puasa Jika Amalkan 4 Tips Ini

post by Izuan

by Izuan

May 31, 2017
pada 8:29 AM

Puasa pun puasa juga, tapi kerja tetap kena lakukan, kerja tetap perlu dijalankan seperti biasa dan mungkin ia agak 'menguji' kekuatan korang untuk bertahan sehingga waktu berbuka. Tenaga yang dimiliki tidaklah cergas sepertimana hari biasa.

Bagaimanapun, jangan jadikan bulan puasa sebagai halangan untuk mengekalkan prestasi kerja korang. Jadi, disini kami akan kongsikan beberapa tips yang korang boleh amalkan bagi mengekalkan tenaga supaya kerja berjalan dengan lancar sepanjang bulan puasa nanti. 

1.  Ambil Makanan Yang Lambat Dihadam Sewaktu Sahur

Makanan yang mengandungi karbohidrat da serat  seperti nasi, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan ini akan berada di dalam perut kita dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar. Dari situ korang takkan rasa terganggu dalam melakukan kerja kerana makanan yang lambat dihadam membantu korang memberikan tenaga.

2. Lewatkan Masa Sahur

Ini kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Kalau boleh jangan sahur terlalu awal kerana tempoh petahanan waktu siang nanti akan jadi lebih singkat sekaligus boleh membuatkan korang hilang fokus kerja kerana kekurangan tenaga.

3. Tingkatkan Pengambilan Air

Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur. Ia sekurang-kurangnya mengurangkan rasa letih korang semasa berpuasa.

4. Kalau Boleh Jangan Minum Kopi Waktu Sahur

Ramai yang bernaggapan mengambil kopi sewaktu sahur dapat membekalkan tenaga dan mengelakkan korang daripada rasa mengantuk. Tanggapan itu sebenarnya salah! Pengambilan kaffein akan menyebabkan kita kerap membuaang air. Korang akan kehilangan banyak air dalam badan dan cepat letih.

Amalkan kesemua tips ini dan korang pasti akan cergas sepanjang waktu bekerja, apapun kami team #Maukerja mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pemcaba kami yang beragama islam.