10 Bidang Kerja Yang Semakin Terancam & Akan Diambil Alih Oleh Robot?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

10 Bidang Kerja Yang Semakin Terancam & Akan Diambil Alih Oleh Robot?

post by Izuan

by Izuan

Jun 8, 2017
pada 2:46 AM

Dulu segala proses kerja dijalankan secara manual, dan memerlukan tenaga kerja yang banyak malah progress pun agak berserabut. Mujur zaman sekarang segalanya mudah dengan terciptanya peralatan canggih yang memudahkan kerja malah mempercepatkan lagi proses.

Jimat tenaga, dan kerja mudah, namun dalam diam-diam kita tak perasan bahawa semakin canggih teknologi sekarang, semakin kurang peluang kerja. Kalau kita, lihat banyak proses kerja sekarang menggunakan mesin dan secara robotik.

China Gunakan Robot Untuk Kerja Bungkusan & Penghantaran

Misalnya, kalau dahulu proses dari padi untuk ke beras memakan masa lama kerana perlu disabit, ditampi sehingga menjadi beras, namun kini hanya menggunakan bajak dan mesin untuk menghasilkan beras, malah lebih ketara lagi apabila baru-baru ini negara China mencipta robot yang boleh melakukan 200,000 bungkusan tanpa berehat.

Dari situ lagi kita dah dapat lihat manusia mungkin tidak diperlukan lagi dalam bidang ini dan ia sudah semakin berlarutan kepada beberapa bidang pekerjaan yang sudah mula menggunakan teknik robotik ini dengan puratanya tersendiri, memang bukan 100% tapi kemungkinan akan semakin terancam kerana peluang kerja akan semakin berkurangan.

10 Bidang Kerja Terancam & Jumlah Purata Yang Bakal Didominasi Robot

1. Pergigian, 0.44%

2. Jurutera 1.4%

3. Sumber Manusia 31%

4. Jualan 25 %

5. Programmer 48%

6. Ejen Hartanah 86%

7. Pemandu Teksi 89%

8. Perakaunan 94%

9. Kerani 96%

10. Juruwang 97%