Bila tiba bulan puasa sahaja, kebiasaannya waktu bekerja juga akan berubah. Datang office awal, tidak rehat sewaktu lunch hour dan balik awal, itu adalah kebiasaannya bagi pekerja muslim di bulan puasa bukan? Ianya sudah menjadi ikutan di kebanyakkan syarikat bukan? Walaupun ianya sudah menjadi ikutan, adakah waktu bekerja yang berlainan di bulan puasa ni ada termaktub dalam undang-undang? Atau ianya sekadar budi bicara majikan?

