Pain Letter : Satu Cara Jauh Lebih Bagus Untuk Mohon Kerja Daripada Cover Letter
# Pengetahuan Pekerja

Pain Letter : Satu Cara Jauh Lebih Bagus Untuk Mohon Kerja Daripada Cover Letter

post by Izuan

by Izuan

Jun 19, 2017
pada 2:52 AM

Seperti yang kita sedia maklum, cover letter adalah 'pembuka hiasan' untuk merangsang minat majikan membaca resume mahupun CV kita. Tapi cara ini dah dianggap 'kuno' kerana terlalu plain dan majikan tak nampak apa-apa nilai sampai bosan untuk membacanya. Pain Letter ini lebih maju dan lebih tinggi nilainya berbanding dengan Cover Letter yang sudah dianggap kuno.

 

Apa Itu Pain Letter?

Pain Letter adalah cover letter di alaf baru, huraian yang lebih panjang sedikit tapi penuh dengan isi bagi menarik perhatian majikan. Pain Letter tidak generik, setiap Pain Letter ada keunikannya tersendiri.

Menurut pakar kerjaya  Liz Ryan, Pain Letter membincangkan mengenai masalah besar dan bagaimana anda (jika diterima bekerja) mengendalikannya. Dengan melakukan perkara demikian,  kemahiran anda terserlah, malah segala ilmu pengetahuan anda dan semangat untuk bekerja disitu telah memberi impak serta merta terhadap prestasi anda.

Kaji selidik mengenai latar belakang syarikat di laman web rasmi mereka, dalami selok belok perniagaannya. Apa yang mereka buat atau apa yang mereka jual? Siapa klien mereka? Apa jenis isu yang anda dapat bayangkan organisasi tersebut hadapi?

 

Siapa Yang Akan Membacanya?

Sudah semestinya majikan, tapi lebih spesifik lagi iaitu Manager di bahagian jawatan anda (Ketua Department/ Bakal Manager anda), mereka lebih faham dan arif mengenai tugas jawatan tersebut. 

Kalau kita perasan  kebanyakkan tawaran kerja dalam sesebuah industri menggunakan 'surat layang' iaitu sebarkan melalui rakan-rakan atau di media sosial terutamanya Linkedin. Disitu sudah terpapar alamat email kepada seseorang, cara memohon daripada laman rasmi syarikat jarang digunakan kini.

Budaya pekerjaan sekarang, lebih mencari pekerja baru dengan kadar segera, mereka akan gunakan 'orang terdekat' untuk sebarkan peluang ini.Jika mohon kerja di laman rasmi, Hiring Manager akan buat penapisan kepada Manager di sesebuah department sebelum menguhubungi calon. 

Itulah sebabnya Pain Letter lebih efisen berbanding dengan cover letter. 

 

Bagaimana: Langkah & Tips Menghasilkan Pain Letter?

Langkah 1 : Umpan Dengan Cara Puji Pencapaian Syarikat

Cari berita mengenai syarikat yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu. Contohnya memenangi anugerah, atau sebarang pencapaian yang menaikkan prestasi syarikat, Mulakan pembuka kata dalam Pain Letter kepada bakal majikan anda dengan pujian terhadap pencapaian tersebut.

Dari situ majikan akan membuka fikiran mengenai anda. Ia meransang untuk membaca seluruh surat anda, ia kerana anda bercakap tentang dia atau atau rakan sepasukan. Walhal, mereka tak kenal anda!

Contoh :

"Dear Marcia,

I was lucky enough to catch your talk at the Townsville Organic Products Expo last month, and I couldn't agree more with your observation that kelp is the new hemp. Congratulations to you and your team at Underwater Seagrass for making a big splash in the organic foods marketplace!"

 

Langkah 2 : Pain Hypothesis 

Selepas kaji selidik mengenai masalah atau isu yang dihadapi kenapa mereka mencari pekerja, lakukan hipoteis terhadap isu yang mungkin mereka hadapi. Hanya pilih salah satu sahaja isu yang paling logik dan relevan dengan kerja. Kalau huraikan semua nampak kusut dan panjang.

Jangan cuba-cuba 'ajar' apa yang Manager itu patut lakukan, mereka tahu tugas mereka. Cukup sekadar membuat penjelasan dan dalami isu tersebut seperti dibawah ini

Contoh :

"I can imagine that hiring as many people as you are, keeping tabs on payroll issues might be a constant challenge. With regulations constantly changing, it's not easy to keep everyone paid correctly and well-informed in a growing company. "

 

Langkah 3 : Dragon Slaying Story (Rumusan Pencapaian Anda)

Selepas menceritakan segala isu yang dihadapi, perenggan inilah anda boleh 'pancing' majikan. Rumuskan pencapaian anda di tempat kerja lama, kaitkan dengan hipotesis/isu yang anda zahirkan tadi.

Cerita dengan spesifik yang mungkin ada kaitan dengan kerja anda, jangan 'angkat bakul sendiri'. Terma-terma klise seperti result-oriented, team-player, leadership semua itu membuatkan majikan naik jelak! 

Jika anda graduan muda, ceritakan pencapaian anda sewaktu di kolej, pastikan ia ada kaitan dengan isu yang anda kaji tersebut.

Contoh: 

"When I ran the payroll system at Angry Chocolates, I kept the payroll accurate and in compliance and answered dozens of employee questions every day while we grew from 15 to 650 staff members."

 

Langkah 4 : Penutup

Lagi pendek, lagi bagus! Tunjukkan keinginan anda untuk bekerja sebenarnya majikan sikit pun tak peduli, apa yang majikan mahukan adalah seseorang yang boleh 'mengubati sakit' mereka (membantu mengendalikan tugas). 

Majikan akan menilai sendiri selanjutnya dalam resume anda, hanya kata bergini sahaja untuk penutup.

Contoh :

"If payroll accuracy and advice to your team is on your radar screen, I'd love to chat when it's convenient. All the best, Nancy Drew​"

 

Cover Letter VS Pain Letter

Cover Letter

Pain Letter