Setiap tahun perkara yang paling ditunggu-tunggu mesti lah nak tengok iklan raya betul tak? Ada iklan raya yang berbentuk jenaka dan lawak dan ada juga yang menyayat hati sehinggakan boleh mengalir air mata. Sekali bila dah tengok iklan raya terus mencanak mood nak sambut raya tu dan berkobar-kobar nak balik kampung dan sambut pagi raya bersama yang tersayang.

