Sudah Bersedia Nak Balik Kampung Beraya? Pastikan Korang Sudah Servis Kereta Dahulu
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Sudah Bersedia Nak Balik Kampung Beraya? Pastikan Korang Sudah Servis Kereta Dahulu

post by Aisya

by Aisya

Jun 20, 2017
pada 6:54 AM

Beg semua dah siap kemas, baju raya dah siap tergantung dalam kereta. Korang pasti ke sudah bersedia untuk memulakan perjalanan balik ke kampung? Kereta dah servis? Tayar dah pam angin? Lampu signal berfungsi tak? Korang belum bersedia lagi untuk pulang kalau tidak lalukan 9 semakan ini terhadap kereta. Ingat, servis kereta penting!

 

1. Tayar

Tayar kereta ni amat penting sekali untuk pemanduan jauh. Pastikan kesemua tayar masih lagi boleh dipakai, maksudnya tayar tidak lah botak atau lain-lain. Bayangkan kalau hujan dan jalan licin, macam mana tayar nak grip kalau bunga pun dah botak? Ianya amat merbahaya dan boleh mengakibatkan tayar pecah atau meletup sewaktu pemanduan yang jauh dan lama. 

 

2. Enjin

Sebaiknya minyak hitam dan oil filter perlu ditukar setiap 3 bulan sekali atau mengikut jarak perjalanan. Ini kena jaga betul-betul kalau nak enjin kereta dalam keadaan yang baik buat jangka masa yang panjang. Kos nak tukar minyak pun tidak la mahal mana. Jadi pastikan bertukar ya?

 

3. Brek

Pastikan pad brek masih lagi tebal dan boleh digunakan kerana ianya memang penting. Tidak dapat nak bayangkan sewaktu memandu laju dan tiba-tiba brek tak makan. Boleh jadi kemalangan yang ngeri! Hantar ke bengkel untuk lihat samada brek sudah haus ke, disc brake rosak, ataupun cengkaman yang tidak kemas. Semuanya boleh mengakibatkan kemalangan.

 

4. Radiator

Perjalanan jauh ni akan membuatkan kereta cepat panas dan memerlukan angin serta coolant untuk menyejukkan bahagian radiator dan ejin. Mungkin ramai yang hanya mengisi dengan air biasa sahaja ke dalam tangki radiator tetapi korang juga perlukan coolant. Aircond akan smooth, enjin juga akan smooth dan penggunaan minyak juga makin jimat.

 

5. Balancing serta allignment

Pastikan tayar dalam keadaan yang betul dan selamat. Tayar mestikan balance dan allignment juga tidak lari selari dengan kedudukan steering kereta. Rim tayar kalau bengkok akan mengganggu pemanduan tau dan mengakibatkan pemanduan korang tidak smooth, tidak selesa serta bergegar.

 

6. Air wiper

Isi penuh tangki untuk air wiper. Ini adalah sekadar langkah berjaga-jaga jika korang melalui jalan yang berdebu serta kotor boleh bersihkan cermin dengan air wiper. Nak lagi bagus, korang boleh beli pencuci cermin dan campurkan dalam tangki air  wiper tersebut. 

 

7. Spare tayar dalam keadaan baik

Setiap kereta dibekalkan dengan 5 tayar iaitu satu untuk spare tayar. Sebelum korang nak mulakan perjalanan balik ke kampung, pastikan tayar spare tu ada angin dan masih boleh digunakan. Buatnya  tayar pancit di tengah jalan boleh la digantikan dengan tayar simpanan tu.

 

8. Aircond

Ini memang penting sekali untuk setiap perjalanan. Korang beriya ajak kawan-kawan untuk carpooling dan sekali dan mula perjalanan tu tiba-tiba aircond rosak. Boleh jadi mengamuk ni sebab panas dan cuaca di luar pun panas kering. Sebelum terjadi macam ni, daripada bergembira nyanyi lagu balik kampung bertukar jadi sesi pergaduhan baik lah servis dulu. Tambah gas atau apa-apa yang patut.

 

9. Lampu headlight, signal, dan lampu brek

Cuba pasang segala lampu di kereta, adakah ianya bercahaya dan berfungsi? Kalau tidak menyala mungkin ianya terbakar jadi betulkan dahulu. Penting untuk korang pantau adakah signal berfungsi atau tidak sebab ianya penting. Sebelum kena hon dengan pemandu lain baik lah korang baiki dahulu.

 

Selain daripada 9 perkara ini, pastikan korang ada simpan emergency kit dalam kereta jika diperlukan. Pastikan korang ada jump cable, torchlight, payung sebab mana lah tahu jika diperlukan, betul tak? Selamat memandu dan selamat hari raya!

 

*Sumber: Blog