"Mustahil Lah Nak Jaga Badan Bila Hari Raya Ni" Ada Cara Sebenarnya...
# Gaya Hidup # Trending Semasa

"Mustahil Lah Nak Jaga Badan Bila Hari Raya Ni" Ada Cara Sebenarnya...

post by Aisya

by Aisya

Jun 21, 2017
pada 7:55 AM

Raya ni dah la setahun sekali, mak pula masak makanan sedap-sedap kalah nak sambut menantu. Kalau boleh selagi meja tu tak penuh dengan makanan selagi tu lah dia nak hidang. Haish.. ni yang dilema ni, macam mana nak jaga berat badan masa raya?

Buat kaum perempaun, masalah ini lah yang paling besar sekali bila menjelang hari raya kan? Serba salah nak makan banyak tak boleh nanti naik 3 kg, kalau makan sikit pula nanti menyesal kena sebab raya setahun sekali je. Tapi badan kena mantain, karang tak muat pula pakai baju kerja. Huhu.. Jadi macam mana ni?

 

1. Elakkan minum air manis

Semua rumah yang pergi beraya tak sah kalau tak hidang air manis. Sirap, ribena, air 'mak kau hijau' macam-macam lagi lah. Memandangkan korang tengah nak jaga badan ni, jadi dinasihatkan untuk elakkan mengambil air manis secara berlebihan. tak baik untuk diet korang. Bila pergi beraya rumah orang, tutup mata janagn pandang air yang tuan rumah hidang tu. Minta lah tuan rumah bagi segelas air kosong je. 

Air kosong ni bagus, dan lepas dah makan semua benda berat tu, tak kan lah air pun nak manis juga kan? Haa.. ingat ye, jangan sesekali minum minuman bergas. Lagi tak boleh.

 

2. Jangan macam tiada hari esok

Sayang lah korang yang waktu bulan puasa dah elok-elok jaga pemakan semua, sampai berjaya turun 5 kg tapi bila masuk je hari raya, diet entah hilang ke mana, bersenam pun dah tak ada. Jadi waktu raya ni, jangan lah makan selagi boleh nak penuhkan makanan tu samapi jadi bukit. Sabar dulu. Makan secara tersusun dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 

Juadah raya ni penuh dengan lemak, dengan santannya, berminyak jadi cuba untuk kawal pemakanan korang. Boleh kalau nak makan ketupat rendang apa, tapi dalam kuantiti yang sedikit. 

 

3. Makan lewat malam

Kalau ada jemputan ke open house pada malam hari, haaa.. ini yang paling susah nak kawal ni. Bila dah datang open hosue, berjumpa pula dengan kawan-kawan yang dah bertahun tak jumpa mesti lah kadang-kadang terlepas pandang masa kan? Waktu tu, segala jenis diet pun dah hilang ke mana. Elakkan untuk makan lewat malam iaiatu selepas pukul 10 malam. Waktu tu, badan korang perlukan rehat. Sejam sebelum tidur korang tak sepatutnya makan apa-apa.

Ini selagi boleh bersembang dengan kawan tu samapi la tengah malam, mulut pun asyik je kunyak makanan. Balik-balik dari rumah terbuka, sampai rumah je terus tidur. Tak elok tau!

 

4. Makan lebih protein

Kebiasaannya kita akan ambil lebih karbohidrat menjelang raya ni. Lemang, rendang, kek semuanya itu karbohidrat. Jadi apa kata korang kurangkan ambilan tu dan gantikan dengan sumber protein. Protein ni akan membuatkan korang berasa cepat kenyang dan boleh mengelakkan korang daripada makan lagi selagi mampu. 

Bukan itu je, protein juga boleh tingkatkan kadar metabolisme dalam badan kerana badan kita perlukan tenaga untuk memecahkan dan mencerna makanan. Jadi lebihkan makanan protein.

 

5. Puasa 6 syawal

Cara lain bagi nak kawal berat badan ni adalah dengan puasa sunat 6 hari menjelang Syawal. Dengan cara ini badan korang tak ada lah terkejut sangat dengan mendadak. Kekalkan momentum korang tu dengan lepas je habis puasa 30 hari teruskan dengan amalkan puasa sunat pula. Korang bukan je boleh kawal pemakanan dan berat badan malah dapat pahal pula tu. Siapa yang tak nak kan?