Rama orang menganggap bahawa masalah atau beberapa kelakuan ini sebenarnya adalah satu tabiat dalam diri mereka, tapi sebenarnya tidak! Ia boleh dikatakan sejenis gangguan mental kita yang mungkin boleh memberi isu serius dalam kehidupan manusia.


by Izuan
Rama orang menganggap bahawa masalah atau beberapa kelakuan ini sebenarnya adalah satu tabiat dalam diri mereka, tapi sebenarnya tidak! Ia boleh dikatakan sejenis gangguan mental kita yang mungkin boleh memberi isu serius dalam kehidupan manusia.
Gangguan ini mungkin kita tak akan sedari bahawa diri kita sedang mengalaminya kerana tabiat ini selalu dipadang norma. Ia adalah sejenis tabiat yang dilakukan sejak zaman kanak-kanak lagi, namun ianya meleret sampai ke dewasa jika tidak dididik dengan betul.
Ia dinamakan ADHD, sebuah 'penyakit' mental yang memberikan kesan kepada tabiat manusia, ia mungkin tidak memberi penjejasan dari segi kesihatan, namun pasti akan menghadapi isu serius dalam kehidupan harian.
Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHAD) adalah gangguan yang menjadikan seseorang sukar untuk memberi perhatian dan mengawal kelakuan impulsif. Dia juga boleh menjadi gelisah dan hampir sentiasa aktif. Menurut sumber ADHD bukan sekadar gangguan zaman kanak-kanak.
Walaupun ADHD bermula pada zaman kanak-kanak, ADHD akan berlarutan pada zaman remaja dan dewasa. Walaupun hiperaktiviti itu akan bertambah baik apabila kanak-kanak itu menjadi remaja, masalah dengan ketidakmampuan, ketidakstabilan, dan kawalan dorongan yang lemah akan meleret alam remaja dan dewasa! Jika anda merasai petanda-petanda ini dalam kehidupan anda, maknanya anda telah menghidap ADHD.

Penghidap ADHD usah untuk mengadaptasi dengan jadual yang ketat. Selain daripada seorang yang pelupa dan bercelaru, ada lagi beberapa lagi gejala berikut:

Keutamaan (Priotiry), konsisten, dan pengurusan masa adalah satu gejala yang paling teruk bagi orang dewasa yang menghidap ADHD. Berikut adalah tanda-tanda yang paling biasa:

Hiperakif jarang berlaku pada orang dewasa daripada kanak-kanak, tetapi kekurangan gejala tidak bermakna anda tidak mempunyai ADHD:

Agak serupa dengan kanak-kanak, namun hiperaktif dewasa memberi kesan kepada keadaan psikologi berbanding fizikal yang kanak-kanak lalui :

Ramai penghidap ADHD dewasa mempunyai masalah perilaku: mereka sering mengabaikan peraturan sosial, mengatakan frasa yang tidak dijangka atau tidak sesuai. Gejala kategori ini ialah:
Berdasarkan apa yang diterangkan diatas, pasti anda dapat lihat bagaimana kesan dalam kehidupan harian kita, seperti yang dikatakan awal tadi, memang tidak memberikan kesan kesihatan namun dalam hal-hal sosial seperti masalah dalam kerja, akan hilang kepercayaan dan mungkin sukaruntuk didekati oleh orang ramai.
Jadi jika kesemua gejala ini ada pada diri anda, ia bukanlah satu perkara yang normal! Segeralah berjumpa dengan pihak berkaitan untuk mengatasi masalah ini.
Sumber : Brightside