5 Jenis 'Fashion Disaster' Yang Ramai Calon Selalu Pakai Masa Interview, No.1 Ramai Buat!
# Pengetahuan Interview

5 Jenis 'Fashion Disaster' Yang Ramai Calon Selalu Pakai Masa Interview, No.1 Ramai Buat!

post by Izuan

by Izuan

Jun 28, 2017
pada 5:52 PM

Semasa korang menghadiri sesi interview kerja, semua perkara dalam diri korang akan diperhalusi, silap sikit je habis segala impian korang untuk dapatkan kerja tersebut hilang begitu sahaja. Walaupun dengan hanya pemakaian korang ada kecacatan.

Kesilapan yang begitu kecil tapi boleh memusnahkan reputasi korang walaupun berbekalkan resume, kemahiran dan pengalaman yang begitu outstanding. Jadi, semasa merancang untuk temuduga, pastikan senarai benda yang kamikongsikan ini korang tak pakai masa interview nanti.

1. Pakai Baju Ketat Sampai Butang Menjerit

Tengok macam dalam gambar di atas, jangan paksa diri kalau baju itu betul-betul tak muat. Biar baju yang korang pakai tu tak cantik daripada paksa diri sehingga menganggu fokus majikan sewaktu mahu mendengar penjelasan korang. Kalau majikan, tanya satu soalan tu berkali-kali maknanya mereka tak dapat fokus.

Selain itu, elakkan daripada memakai baju lusuh, lebih elok kalau korang hanya memakai kemeja putih dan tali leher hitam. 

2. Pakai Beanie

Tak salah kalau nak pakai kasaul masa interview. tapi janganlah melampau sangat sampai meleset daripada garis panduan untuk hadir ke temuduga. Mungkin pejabat yang korang interview tu berkonsepkan santai, tapi berpada-padalah. 

Jangan pakai kemeja printed yang melampau-lampau, pakai tali leher hanya satu warna sahaja kalau boleh. Melainkan kalau korang interview syarikat yang berkaitan dengan fesyen.  Pakai beanie atau topi itu merupakan satu pantang larang dalam temuduga, majikan pasti mahu berkenalan dengan melihat raut wajah korang.

3. Aksesori Mengalahkan Mami Jarum

Pakai aksesori bagi nampak berseri sewaktu temuduga amat digalakkan, namun jika memakai rantai atau gelang yang melampau sehingga bunyi bising sangat menanggu. Namun, lebih baik kalau jangan pakai apa-apa barang kemas sewaktu temuduga, majikan tak berapa pandang semua itu.

Berpenampilan kemas, bersih sudah memadai bagi diri mereka.

4. Menjolok Mata Majikan

Lebih kurang seperti memakai kemeja, bagi orang lelaki jangan memakai seluar ketat sehingga timbulnya bekas-bekas yang tak diingini, begitu juga wanita elakkan memakai pakaian yang terlalu singkat agar korang tak dijadikan 'objek' tatapan mereka.

Kalau reaksi majikan mencurigakan, jangan lah tuduh majikan tu gatal sebab silap daripada kamu sendiri. Kadang-kadang majikan tak sudi nak tengok, mereka cuba memandang ke arah lain sehingga tak dapat nak fokus dengan perbentangan korang bahkan korang akan dijadikan bahan lawak bila dah keluar dari bilik interview nanti.

5. Perfume Sampai Sebaldi

Memakai wangi-wangian sewaktu temuduga adalah satu kemestian, tapi jangan pakai terlalu banyak sehingga menganggu orang lain. Kita tak tahu mungkin majikan ada alahan, dari situ majikan rasa nasibnya akan lebih teruk jika ambil korang bekerja kerana bau yang teruk.

Tapi janganlah sampai tak pakai terus sehingga bau badan merebak dalam bilik temuduga, selain itu bau lain seperti bau rokok, peluh, atau bau hapak pada pakaian perlu dielakkan.