5 Taktik & Sample Menghasilkan Resume Untuk Calon Yang Ingin Tukar Bidang Industri
# Pengetahuan Pekerja

5 Taktik & Sample Menghasilkan Resume Untuk Calon Yang Ingin Tukar Bidang Industri

post by Izuan

by Izuan

Jun 30, 2017
pada 5:52 PM

Bekerja diluar bidang jurusan memang kerap berlaku dalam kalangan graduan muda pada zaman kini, biasalah ada segelintir bidang atau industri tersebut sangat kecil, tetapi jumlah graduan dalam jurusan berkaitan pula semakin banyak, suka atau tidak terpaksa tempuh untuk bekerja diluar bidang untuk menerpa kerjaya.

Itu lah sebab ramai graduan muda terpaksa bekerja tanpa sebarang minat dan tekanan kian menyelubungi diri, lebih mendukacitakan apabila jawatan dalam sesebuah bidang itu ada kekosongan, anda pula rasa seperti sudah terlambat kerana segala nilai dalam diri mungkin 'tak laku' kerana tiada kaitan dengan jawatan.

Tidak dinafikan ada segelintir majikan ini bersiap 'bias'. Buktinya, dalam iklan kerja pasti akan tertulis "dalam bidang berkaitan", pasti anda rasakan majikan tidak sudi terima melalui penilaian diri dalam resume yang jauh menyimpang dari bidang yang dimahukan.

Jangan risau, sebenarnya masih ada harapan untuk membina haluan baru jika anda pandai menulis resume dengan betul. Disini kami akan ajarkan tips-tips bagaimana menghasilkan resume bagi sesiapa yang ingin menukar bidang industri serta contohnya sekali.

 

1. Hasilkan Resume Yang Memfokuskan Kepada Kerja Tersebut, Bukan Pasal Diri

Resume yang terlalu fokus kepada apa yang anda dah lakukan terlalu tidak fokus, terutamnya jika ingin beralih ke industri baru. Resume anda perlulah mempunyai kemahiran yang spesifik dan sesuai dengan pekerjaan tertentu. 

Apabila resume anda memberi tumpuan pada satu sasaran tugas dan menceritakan perjalanan kerja yang ada sangkut paut dengan kerja tersebut, resume anda telah menjadi satu alat yang begitu produktitf sekali. Pasti majikan akan terdetik untuk ajak anda interview.

2. Sentiasa Gunakan Nama Jawatan Kerja Tersebut

Nama jawatan kerja yang jelas selepas info mengenai diri dalam resume dapat membantu menarik perhatian majikan mengenai resume anda. 

3. Gantikan 'Career Objective' Dengan Profil Prestasi

Gantikan matlamat anda dengan kemahiran yang anda ada untuk di synchrionize kan dengan spesifik untuk meraih jawatan tersebut. Kalau boleh gunakan terma-terma yang biasa digunakan dalam industri tersebut.

4. Letakkan Kemahiran Professional

Dengan cara ini, majikan dapat mempertimbangkan untuk memilih anda, seperti yang dikatakan tadi ada majikan yang 'bias' untuk memudahkan tugas mereka. Jadi, apabila majikan terpandang segala kemahiran, peralatan yang anda telah lakukan dalam resume.

Pasti majikan suka, kata minat dalam bidang tu kan, mestilah pandai gunakan segala peralatannya. Contohnya, orang Marketing minat rekaan, Adobe itu pasti dihujung jari.

5. Muka surat Pertama Pastikan Pada Dengan 'Isi'

Tak boleh berlengah, pastikan segala nilai dalam diri diletakkan di muka hadapan, takut nanti majikan muak dan bosan. Lebih-lebih lagi jika anda yang bukan datang dari industri yang sama. 

Pastikan keempat-kempat tips diatas ada dibahagian pertama. Oh ya! Lagi satu buat satu tanggapan baik bahawa anda yakin bahawa anda seorang yang layak dan masih relevan untuk ubah ke industri lain.

Sample