Tipulah kalau tak terlintas difikiran untuk 'upgrade' kereta baru lepas 5 tahun bekerja, sudah semestinya pada ketika itu gaji sudah 'kukuh' dan mampu untuk menanggung bayaran bulanan kereta baru yang lebih bagus dan gah.


by Izuan
Tipulah kalau tak terlintas difikiran untuk 'upgrade' kereta baru lepas 5 tahun bekerja, sudah semestinya pada ketika itu gaji sudah 'kukuh' dan mampu untuk menanggung bayaran bulanan kereta baru yang lebih bagus dan gah.
Mungkin kereta yang digunakan itu adalah kereta terpakai atau pemberian ahli keluarga yang sudah selesai hutangnyya, namun kalau dah ada sebab-sebab tertentu seperti dah berkeluarga dan memerlukan ruang yang lebih luas itu tak salah.
Tapi bagi mereka yang masih solo, baru bekerja mahupun yang lama tetapi kondisi kereta itu masih lagi elok, kami sarankan janganlah ambil kereta baru. Namun ia bukan satu paksaan, nak tahu kenapa? Ikuti penjelasan ini.
Tambah tak mengapa.
Jika anda sudah ada kereta habis bayar,
jangan gatal trade ini untuk kereta baru,
jangan gatal jual untuk ambil yang baru.
Sila kira, jika sebulan anda bayar RM 500 sebulan cuba kira
kalau setahun anda bayar berapa?
RM500 x 12bulan = RM 6000 setahun. Banyak kan?
RM6000 tak termasuk insuran kenderaan dan cukai
jalan, kalau campur adalah dekat RM 7000…
Banyak ker sikit ?
dan ingat, anda kena tanggung hutang selama 9 tahun lagi.
Tahukah anda dengan bayaran setahun
kereta baru, anda boleh buat overhaul pada kereta lama dan
boleh juga full servis untuk digunakan lebih kurang tiga tahun lagi
Sekarang senang-senang nak ambil kereta baru
dan hutang baru. Berbaloi kah beraya dengan kereta
HUTANG yang tidak perlu.
9 tahun anda tidor tak lena, mandi tak basah
bila terkenangkan hutang kereta dan lain-lain.
Kesimpulan :
Ini bukan post untuk kempen jangan ambil kereta
baru. Kalau mahu ambil, ambillah, semua pilihan
terletak di tangan anda.
Cuma biasalah, kalau dah kena barulah nak berakal.
#tukangfikir