Daripada anda habiskan masa dengan main smartphone, apa kata gunakan smartphone tu juga untuk mohon kerja dengan muat turun aplikasi Maukerja.my. Haa, sekarang ini Maukerja sudah selangkah kedepan dengan mempunyai aplikasinya tersendiri.


by Izuan
Daripada anda habiskan masa dengan main smartphone, apa kata gunakan smartphone tu juga untuk mohon kerja dengan muat turun aplikasi Maukerja.my. Haa, sekarang ini Maukerja sudah selangkah kedepan dengan mempunyai aplikasinya tersendiri.
Sangat mudah, dan lebih efisien, anda boleh berhubung dengan majikan terus tanpa perlu melibatkan pihak ketiga! Selain itu, terdapat beberapa fungsi-fungsi lain yang hanya di hujung jari! Bagaimanapun, buat masa ini ia terbuka buat pengguna Android sahaja, jom kita 'explore' lebih mendalam mengenai aplikasi Maukerja.my ini
Seperti yang telah diberitahu awal tadi, aplikasi Maukerja.my ini buat masa sekarang hanya berfungsi untuk pengguna Android, dan akan menyusul ke pengguna iOS tak lama lagi, untuk jalan pintas boleh KLIK DISINI TERUS UNTUK MUAT TURUN
Ada 3 cara yang anda boleh daftar, samada secara manual, melalui akaun Facebook dan nombor telefon. Mudah je kan?
Dari sini anda sudah disajikan lebih daripada 14,000 kerja kosong, hanya pilih sahaja mengikut kemahuan anda, selain itu jika anda mahukan pekerjaan yang lebih spesifik, hanya klik sahaja pada logo kanta di hujung bahagian kanan atas untuk mencari. Kemudian anda akan terus dialihkan kepada majikan yang anda telah pilih.
Selain daripada membolehkan anda untuk berhubung terus dengan majikan, ada kemungkinan anda terus di-interview oleh majikan. Jangan risau aplikasi Maukerja.my ada menyediakan fungsi 'voice note' untuk memudahkan anda bertanyakan soalan dan memberikan sebarang penjelasan.
Selain itu, anda boleh ketahui status permohonan di pautan 'History'. Anda akan diberitahu jumlah permohonan yang telah dibuat dan disenarai pendek.
Mudah bukan, sejurus sahaja anda ke bahagian ini, boleh mula ulangi daripada step kedua, selamat mencuba!