Makan Sisa Orang Dalam Masa 8 Bulan, Gadis Kedekut Ini Raih RM 128K Untuk Berhenti Kerja & Travel
# Trending Semasa

Makan Sisa Orang Dalam Masa 8 Bulan, Gadis Kedekut Ini Raih RM 128K Untuk Berhenti Kerja & Travel

post by Izuan

by Izuan

Jul 4, 2017
pada 4:49 AM

Bak kata pepatah " hendak seribu daya, tak nak seribu dalih", berjimat cermat dalam perbelanjaan untuk mengumpul wang bercuti dan ada simpanan. Tapi kalau yang ini dah lain macam, gadis ini punya berjimat sampai ke tahap kedekut kot.

Sanggup tak makan lunch demi nak 'jimatkan' duit perbelanjaan, jadi dia sanggup makan makanan sisa-sisa orang lain agar tak nak ikat perut. Tapi, taktik pelik ni berkesan lah pula, dalam masa 8 bulan sahaja dia dah kumpul sampai $30,000(RM 128,000) tau!

Amanda Holden, 32, Gadis Kedekut Dari Portland, Oregon. Digelar "Dumpster Dog" Oleh Rakan Sekerja Sebab Suka 'Kebas' Sisa Makanan Orang Yang Tak Habis

Kalau kat Malaysia ni, mesti dah lama dapat kelaran DBKL lah, tong sampah bergerak lah, macam-macam lagi lah haha! Tapi dia buat pun sebenarnya ada sebab-sebabnya tersendiri.

Berhenti Kerja Dalam Bidang Kewangan, Untuk Travel Selama Setahun! Patutlah...

Tapi korang sanggup ke buat macam tu? Tapi dia bukan sahaja lunch, perbelanjaan sosial macam melepak dengan kawan atau sebagainya dan perbelanjaan untuk bershopping juga 'dipotong' sehingga dia cukup duit untuk travel ke negara Latin.

Dengan selamba dia habiskan makan kawan sekerja yang tak habis, menurutnya bagaimanapun dia takkan ikan perut kelaparan jika tiada makan yang tak habis disitu. Jadi, sekali sekala dia ada lah juga beli makanan.

" Saya takkan sakitkan diri saya, saya akan buat apa yang saya suka. Kalau ada orang makan pizza cuma separuh, saya akan minta kebenaran orang itu untuk habiskan pizza dia " katanya.

Masa Nak Beri Notis Berhenti Kerja, Boss Sikit Pun Tak Pelik Sebab...

" Ketika saya memberikan bos saya notis dua minggu berhenti kerja, dia merenung kearah saya dengan mata yang besar selama satu minit dan bertanya adakah sebabnya saya makan sisa dan mengapa saya digelar Dumpster Dog (anjing liar) "

"Dia kat dia pernah ternampak saya ambil sisa Burrito dari tong sampah dan memakannya, kemudian kami sama-sama gelak"

Selain Berhenti & Travel, Ini Sebab Kenapa Dia Melakukan Perkara Sedemikian

Sewaktu Amanda berumur 27 tahun,dia tersedar bahawa dia tiada sebarang saving perbelanjaannya dan perlu bertukar kerjaya. Katanya, sepanjang 20-an dia seorang yang boros dan tidak pandai menjaga kewangan sendiri sehinggakan tiada dana kecemasan.

"Saya seorang yang kuat berhibur, keluar setiap malam, tiada rahsia bahawa saya memang tak gemarkan kerja saya" katanya

Jadi, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dalam masa enam bulan dan mengharapkan agar ada USD 20,000 ( RM 85, 900) di tangan untuk travel. Tambahnya lagi, ia adalah satu 'tamparan hebat' bagi dirinya ketika berumur 27 tahun.

"Perkara Pertama Yang Saya Lakukan, Jangan Bershopping. Namun Walaupun Ia Bukan Sesuatu Perkara Yang Saya Tergila-gilakan, Ia Amat Sukar Bagi Seorang Wanita Untuk Tahan Diri Daripada Berbelanja Untuk Make Up & Produk Kecantikan"

Kemudian dia cuba elakkan berbelanja unuk sosial, dan seterusnya kos memotong rambut, keahlian gym atau membeli kopi, dan barulah berusaha untuk 'cut off' makan. Alahai! Tapi kan, kami memang salute dengan cara dia, sekurang-kurangnya ada usaha untuk membaiki diri.