Menghasilkan CV memang mudah, tapi susah untuk memastikan jika ianya mampu menarik minat majikan atau tidak untuk menilai samada kita adalah calon-calon yang layak, lain majikan, lain citarasa.


by Izuan
Menghasilkan CV memang mudah, tapi susah untuk memastikan jika ianya mampu menarik minat majikan atau tidak untuk menilai samada kita adalah calon-calon yang layak, lain majikan, lain citarasa.
Tak semestinya apa yang pakar kerjaya dari luar negara kongsikan itu sama menepati citarasa majikan di Malaysia ini. Untuk mendapat info yang lebih sahih itu, adalah lebih baik jika dikongsi oleh pakar kerjaya tempatan seperti Ameirul Azraie ini
Ia kerana, ramalannya mengenai citarasa dan minat majikan tempatan lebih tepat. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia, beliau kongsikan tips menghasilkan CV 'power' untuk rujukan para pemburu kerja diluar sana.
1) CV hanya sepanjang 2 muka surat sahaja. Anda perlu pendekkan pengalaman kerja yang lama dan buang mana-mana maklumat yang tidak lagi relevan. Parah kalau maklumat peribadi sahaja dah setengah muka surat pertama.
2) Pautkan CV anda ke profail anda di Internet. Buat masa kini laman sesawang yang paling sesuai untuk pautan tersebut adalah profail LinkedIn anda. Dengan cara ini Recruiting/Hiring Manager dapat melihat latar belakang anda dengan lebih terperinci.
.
3) Summary. Banyak CV terutamanya CV yang ditulis oleh graduan yang baru tamat belajar hanya menulis Career Objective (yang mana kebanyakannya diambil bulat-bulat dari Internet) berbanding Summary. Sepatutnya selepas Heading yang mengandungi maklumat peribadi, apa yang patut ditulis adalah Summary. Summary yang berkesan mengandungi sekurang-kurangnya maklumat bagi 6 perkara berikut; Career objective, Relevant experience, Summary of qualifications, Career achievement, Work or management style & Personal traits.
4) CV diolah untuk setiap kerja yang dipohon. Bukannya guna CV yang sama untuk semua permohonan kerja, sebab itulah hantar beratus permohonan kerja pun belum tentu dapat 1 panggilan temu duga. Olah CV supaya banyak kata kunci yang sepadan dengan Job Description (JD) kerja yang dipohon untuk meningkatkan kebarangkalian dipanggil temu duga.
5) CV wajib dikemas kini selalu, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Ini bagi memastikan segala pencapaian yang signifikan dalam kerjaya anda dapat direkodkan dengan tepat. Bukannya kemas kini CV 5 tahun sekali, atau lagi parah bila dah kena buang kerja, nak mula dari mana pun pening kepala nanti.
6) Elakkan gap yang terlalu ketara dalam CV anda. Dalam erti kata lain, elakkan menganggur terlalu lama selepas tamat belajar atau selepas dibuang kerja. Isi gap tersebut dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti sukarelawan, kerja sambilan, dan sebagainya.
7) Serlahkan pengalaman anda dengan menggunakan kata kunci yang positif dan berkesan. Tulis dan huraikan pengalaman kerja menggunakan Power Verbs dan Key Skills dalam menyerlahkan keupayaan diri anda kepada bakal majikan.
8) Pastikan CV anda tidak mempunyai sebarang kesilapan ejaan, tatabahasa dan/atau fomat. Anda boleh meminta bantuan rakan atau pakar yang memiliki penguasaan bahasa yang baik serta mahir membaiki format CV anda.
9) Pengalaman kerja dihuraikan secara spesifik dengan menggunakan data dan nombor. Bakal majikan suka dan mudah tertarik melihat data dan nombor ini. Walaupun sesuatu tugas yang dilakukan itu kecil bagi anda, cuba olah supaya tugas tersebut kelihatan besar dan signifikan pada pandangan bakal majikan anda.
10) Susun atur CV sangat penting dalam memudahkan HR mengimbas CV anda. Gunakan bullet format untuk memudahkan CV diimbas. Kuncinya adalah CV yang ringkas dan mempunyai latar belakang berwarna putih.
.
#AmeirulAzraie
-Coach Penulisan CV-
Melaka, 27 Jun 2017, 2.50 pagi
my.linkedin.com/in/ameirulazraie
facebook.com/ameirulazraie
instagram.com/ameirulazraie