Gaji. Perkara yang paling utama dibincangkan sebelum nak apply kerja, mesti gaji. Nak pilih kerja pun tengok gaji juga kan? Sewaktu temuduga pun wajib dibincangkan, siapa tak nak gaji kan? Bila ditanya nak gaji berapa, ada yang terkedu memikirkan berapa lah agaknya patut diminta. Research segala-gala research dah buat, tips nak jawab soalan, nak counter strike semua lengkap tapi bab gaji je kadangkala kita terlupa nak buat kajian lanjut.





